CahayaBahiya
Doa yang Tertangguh
Tuesday, 20 November 2012 | 21:31 | 0comments
Assalamualaikum
✿ بسم الله الرحمن الرحيم 




Mengapa ? Mengapa doa kita tidak dimakbulkan?

Dah lama kita meminta. Dah lama kita berdoa. Bukan setakat berhari-hari. Terkadang berbulan-bulan kita berdoa. Bahkan sehingga bertahun-tahun, sehingga hari ini permintaan kite tidak kujung bayangannya.



Entah berapa air mata yang bercucuran. Setiap kali tangan diangkat  selepas solat, saat itu juga hati sebak. meminta dengan penuh harapan

Letih, penat, lelah dalam berdoa. Hingga ada antara kita berputus asa untuk berdoa. Hingga ada antara kita mula mempersoalkan : 

"Ya Allah , bila kau mahu makbulkan doa ku? Ya Allah, kenapa kau belum makbulkan doaku? Ya Allah apa silapku sehingga doaku masih belum Kau makbulkan ? Ya Allah, apakah kerana dosa-dosa silamku? Ya Allah, tak terima kah Engkau akan taubatku? "

Minda pasti penu dengan persoalan , penuh tanda tanya. Tapi entah pada siapa seoalan perlu dilontarkan untuk mendapatkan jawapan.

Saat bila mana persoalan mula memenuhi ruang fikiran, prasangka mungkin akan mula terbit.

Allah berfirman :
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."
Surah Ghafir ayat 60

Tapi... 
Kenapa doaku masih belum dimakbulkan? Bukankah Allah tak pernah memungkiri janjiNya? Habis tu, Kenapa Dia tidak makbulkan doaku? 

Kita terus mempersoalkan sehingga lupa memuhasabah diri. 

Rasulullah saw pernah berpesan :
"Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopoh-gapah. Ditanya kepada baginda : Apa itu gopoh-gapah ? Sabda baginda: Apabila dia berkata: Aku telah pun berdoa! Aku telahpun berdoa! Tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa."
Hadis Riwayat Muslim.


Gopoh-gapah !

Ya, benar kita gopoh, gelojoh , tamak. Meminta sesuatu yang dirasakan baik untuk kita, sedangkan Allahlah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Apa, Bila, di mana . Dia yang Maha Mengetahui.

Bila hati kita penih persoalan, kita sebenarnya terlupa pasa satu perkara iaitu keyakinan. Ya! Keyakinan yang padi kepada Allah s.w.t tanpa sedikitpun terselit rasa prasangka.

Keyakinan bahawa doa kita Pasti akan dimakbulkan Allah. Keyakinan yang sebenarnya merupakan tonggak keimanan kita

"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa"
Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani





TRUST in Allah timing,
RELT on Allah promises,
WAIT for Allah answers,
BELIEVE in Allah miracles,
REJOICE in Allah goodness,
RELAX in Allah presence.

Jika hati masih tertanya-tanya . Jika hati masih ragu-ragu


When in despair turn to DU'A
When in need of regular guidance turn to PRAYER
When in need of understanding turn to ALLAH.




Dengarlah Doamu

Bila mengarapkan sesuatu, kita berdoa. Berdoa dan terus berdoa. Menyebut dan terus menyebut.

Hingga terlupa satu perkara. 
Terlupa apa ?
Terlupa mendengar doa sendiri

"Ya Allah, jika ini yang terbaik, permudahkanlah urusanku. Perkenankanlah permintaanku. Berilah yang terbaik untukku. Berilah petunjukMu padaku."

Ingatlah, kita meminta apa yang kita rasakan terbaik dengan memohon Allah tunjukkan jalan. Memohon Allah memberi panduan. Dan jawapan Allah? Mungkin dalam bentuk memperkenankan doa kita sepeti yang diminta. Mungkin Allah menangguhkannya atau memberikan "hadiah" lain yang jauh lebih baik buat kita. Tapi itulah yang Terbaik untuk kita. 

"Allah would never rejected our Du'a, but Allah may REDIRECT it to the correct path towards out definite fate"
Anonymous.


Terus berdoa 


Bila mana Allah masih memberikan kekuatan kepada kita untuk berdoa, teruslah berdoa. Meminta pertolongan daripada Allah untuk kurniakan kesabaran pada kita dalam berdoa. Untuk mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam berdoa. Untuk terus mendidik jiwa kita menjadi hamba yang hanya bergantung harap semata-mata kepada Allah

Apa yang diberikan sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita inginkan.

Nikmat yang telah Allah beri, jarang kita syukuri. Nikmat yang belum dimiliki, itulah yang sering kita ingini. Namun, tidak salah untuk terus meminta. Tetapi pintalah dengan hati yang bersyukur. Allah tidak akan gerakkan hati kite untuk berdoa, jika Dia tidak ingin memakbulkan doa itu. Justeru, kemampuan hati kita untuk berdoa, itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri.

"Bersyukurlah kerana dikurniakan hati yang masih mampun bersyukur"
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Dan satu hari nanti, apabila permintaan kita dimakbulkan, pandanglah sejenak ke belakang. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

"...Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya"
Surah Ali-Imran ayat 9

"I am not worried about whether my du'a will be responded tu, but rather I am worried about whether I will be able to make du'a or nor. So if I have been guided (by Allah) to make du'a, the (I know) that the response will come with it."
Saidina Umar Ibnu Al-Khattab.

Berdoalah kerana Allah Maha Mendengar. 

Allah berfirman:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada meraka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku pekenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka dapat petunjuk"
Surah al-Baqarah ayat 186

Older Post | Newer Post