CahayaBahiya
Mengapakah Manusia Diciptakan?
Thursday, 29 November 2012 | 07:09 | 0comments

Assalammualaikum

✿ بسم الله الرحمن الرحيم 


Pernahkah kita bertanya, mengapakah Allah menciptakan manusia di atas muka bumi ini? Lalu, adakah kita tahu jawapannya? Apakah tujuan sebenar Allah ingin kita hidup di atas muka bumi yang diciptakan oleh-Nya?



Allah S.W.T berfirman;-
 Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, " Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". 
                                                          Surah Al-Baqarah (2:30)

Pernahkah kita berfikir, betapa tingginya darjat manusia di sisi Allah sehinggakan Allah memilih manusia untuk menjadi Khalifah (pemimpin) di bumi dan bukan makhluk ciptaan-Nya yang lain? Jadi, mengapakah kita masih ingkar dengan perintah Allah? 


Sedarlah wahai manusia,bangkitlah dari kelalaianmu. Adakah wajar kita ingkar dengan perintah Allah yang telah menghidupkan manusia untuk dijadikan sebagai khalifah di bumi? Sedangkan para malaikat yang sentiasa bertasbih memuji Allah serta menyucikan nama-Nya tidak pula diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi.

Firman Allah S.W.T ;
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku
 Surah  Az-Zariyat  (51:56)

Allah menciptakan kita untuk kita beribadah kepada-Nya. Lalu, mengapakah kita masih lalai untuk beribadah kepada-Nya? Adakah masih kurang nikmat yang diberi-Nya? Nikmat apakah yang masih belum cukup?

Kita masih diberi peluang untuk hidup. Adakah kita hendak mensia-siakan peluang yang Allah beri dengan melakukan perkara-perkara  yang  dimurkai Allah? Berfoya-foya, berjudi, berzina, minum arak serta melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah? Mengapakah peluang itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya?

Allah S.W.T berfirman;Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaati-Nya semata-mata kerana (menjalankan) agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)Surah Al- Bayyinah  (98:5)

Allah itu Maha Penyayang, Allah tidak mahu kita ke neraka, Allah mahu kita ke syurga. Buktinya, Allah masih beri kita peluang untuk terus hidup supaya kita bertaubat kepada-Nya , supaya kita sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya. Tetapi, Allah tidak pula memberi kita peluang hidup yang berharga ini untuk melakukan perkara-perkara yang melanggar perintah-Nya.



"Ya Allah, layakkah aku menyandang gelaran sebagai khalifah-Mu? Adakah aku Khalifah yang Engkau inginkan ? Ampunilah Aku Ya Allah, selama ini aku lalai mengingati-Mu, aku melanggar perintah-Mu , aku lemah melawan nafsuku. Bantulah aku supaya aku tidak berada jauh dari-Mu. Sedarkanlah aku darii kelalaian dunia. Butakanlah mataku dari memandang kepada kemungkaran. Tulikan pendengaranku dari mendengar perkara yang melalaikan aku dari mengingati-Mu. Bisukanlah aku dari mengeluarkan kata-kata yang keji terhadap orang lain. Arahkanlah hati ini untuk sentiasa mengingati-Mu"

Berubah lah wahai teman! selagi pintu taubat masih terbuka untukmu.



Older Post | Newer Post