CahayaBahiya
SubhanAllah , Hebat sungguh Kasih-Nya
Wednesday, 14 November 2012 | 21:46 | 0comments
Assalamualaikum 
✿ بسم الله الرحمن الرحيم 



Taniah pada anda semua jika tahun ni pernah berazam nak melakukan kebajikan dan kebaikan ,  tapi adakah azam itu semuanya tercapai ? Ialahkan , kemungkinan azam kita tu  tak dapat nak dilaksanakan disebabkan beberapa fakta masalah seperti malasah kewangan , pengangkutan, kudrat dan sebagainya yang telah menyebabkan niat kita tergendala . Tetapi  apakah kita mendapat pahala dengan niat kita itu ?

Pernah  tak telintas di hati kalian berniat untuk melakukan kejahatan ? Tapi apabila kalian terfikir akan keburukannya , Kemudian, kalian tidak jadi  melakukannya . Adakah Allah telah mencatat niat itu sebagai amalan yang dicatat di bahu kiri kita ?


Daripada Rasulullah s.a.w tentang apa yang diriwayatkan daripada Allah :

"Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman: 'Sekiranya seorang hamba-Ku ingin melakukan satu kejahatan, jangan lah ditulis kejahatan ke atasnya hinggalah dia melakukan perbuatan tersebut. Dan apabila dia melakukannya maka tulislah seumpama apa yang telah dia lakukan. Kiranya dia meninggalkan perbuatan tersebut kerana-Ku, tulis baginya satu kebaikan. Dan sekiranya seorang hamba-Ku ingin melakukan kebaikan dan ia belum pun melakukannya maka tulis baginya satu kebaikannya. Apabila dia melaksanakannya maka tulis baginya sepuluh kebaikan, bahkan hingga 700 kali ganda.' "

Hadis di atas telah memberi jawapan pada kita. Dan hadis yang diriwayatkan oleh Rasulillah s.a.w daripada Allah s.w.t merupakan satu berita gembira untuk kita semua .

Dalam hadis tersebut Allah telah menyatakan bahawa , Dia tidak akan membalas pada kehendak-kehendak hati dan cita-cita yang tidak baik sehinggalah ia benar-benar dilakukan, dan hanya akan mencatat apa niat dan cita-cita untuk melakukan kebaikan walaupun tidak melakukan. Malah digandakan apabila melakukannya. 

Allah s.w.t berfirman:
"Barang siapa melakukan kejahatan maka ia tidak akan dibalas kecuali yang seumpamanya."
Surah al-An'am ayat 160

Kasih Allah pada kita sungguh hebat kan ? Mana tidaknya , di dalam hadis tadi Allah menyatakan , sekiranya hamba-Nya ini teringatkan   pengawasan Allah, dan sedar mengenai balasan-Nya dan terdetik rasa takut pada Allah, lalu membatalkan hasratnya  dan mengharapkan redha Allah, maka baginya juga dicatatkan satu kebaikan. SubhanaAllah , sungguh sayang Allah pada kita kan ? .. 

Dan pada mereka yang berazam dan berniat melakukan kebaikan pula terus di tulis kebaikannya . Ini baru berniat belum pula melakukannya . Dan jika kita melaksanakan kebaikan tersebut , Allah kurniakan sepuluh kebaikan untuknya . Malah , mungkin boleh berganda lagi daripada itu . Tetapi jika tidak dapat melaksanakan , jangan lah putus asa. teruskan menanam azam dan niat kita . 



Terbuktikan yang sebenarnya Kasih Allah pada kita ini hebat ? 
Kasih Allah melebihi kasih ibu pada anaknya .
Kasih Allah melangkaui kemarahanya.

Dan disebabkan itulah Allah menyuruh kita semua sentiasa berdamping dengan-Nya dan sentiasa mengingatinya . 

Mengapa Allah menyuruh kita begitu  ? Kerana ..  Kasih Allah hanya kepada meraka yang mengingati-Nya.



Rasulullah s.a.w bersabda:
"Allah s.w.t berfirman : "Barangsiapa mendekati-Ku sejengkal maka Aku mendekatinya sehasta. Jika ia mendekati-Ku sehasta maka Aku mendekatinya satu depa. Dan jika ia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari. Dan barangsiapa yang bertemu dengan-Ku dengan membawa kesalahan sebesar isi bumi tanpa menyekutukan-Ku dengan yang lain maka Aku akan menemuinya dengan ampunan sebesar itu juga." 

Terbuktikan, betapa Allah mengasihi hamba-Nya yang mukmin. Semakin hampir kita dengan Allah, semakin dekat kita kepada kasih-Nya. Sedetik kita mengingati Allah di kala senang, Allah akan mengingati kita di kala duka. Bukankah kita mahu Allah mengingati kita ? Setiap kali kita mengingati dan menyebut nama-Nya di bumi, setiap kali itulah Allah menyebut-nyebut nama kita dalam kalangan masyarakat langit. Jadi jangan pernah kita melupakan Allah . 


Don't ever trying to forget Allah even 1 sec ! 



Kasih Allah 100 Bahagian


Allah menggambarkan kasih-Nya sebanyak 100 bahagian.  Hanya sebahagian saja yang diturunkan ke bumi. Tetapi dengan satu bahagian itulah makhluknya di bumi saling berkasih sayang. Dengan satu bahagian itulah seekor kuda betina mengalihkan kakinya kerana takut terpijak si anak. Tetapi , ke manakah Allah curah baki kasih-Nya ?

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Akan dikeluarkan dari neraka sesiapa yang mengucapkan tiada Tuhan selain Allah dan di dalam hatinya ada kebaikan sebesar bijirin. Kemudian akan dikeluarkan dari neraka sesiapa yang pernah mengucapkan tiada Tuhan selain Allah dan di dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji gandum. Kemudian dikeluarkan dari neraka sesiapa yang pernah mengucapkan tiada Tuhan selain Allah dan di dalam hatinya ada kebaikan sebesar zarah."

Baki kasih-Nya adalah untuk hamba-hamba-Nya yang mukmin pada hari Akhirat kelak. Dengan kasih-Nya, Allah mengeluarkan hamba-Nya dari kepanasan , keperitan, dan kesengsaraan dari seksaan api neraka walaupun hanya sebesar zarah kebaikan yang ada padanya. Bahkan diriwayatkan secara sahih dari Bukhari dan Muslim bahawa seseorang itu tidak akan memasuki syurga kecuali dengan Rahmat Allah s.w.t.


Rahmat Allah sebanyak 100 bahagian hanyalah sebagai gambaran sahaja bahawa rahmat-Nya tersangatlah banyak dan tanpa batasan

Allah s.w.t berfirman : 
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, kamu tidak akan dapat menentukan bilangannya."
Surah al-Nahl:18


Sesiapa yang memperolehi satu rahmat dari bahagian-bahagian rahmat itu, dia merupakan penduduk bumi yang paling rendah kedudukannya. Sementara penduduk bumi yang paling tinggi ialah yang memperolehi semua jenis rahmat-Nya.

Anda yang mana ? Penduduk bumi yang rendah atau yang tinggi ?

Oleh itu, carilah rahmat Allah. Dambalah kasih-Nya kerana kasih Allah tiada taranya. 

Tiada Kasih yang seluas Kasih Allah.
Tiada rahmat yang sehebat rahmat Allah.
SubhanAllah.




| Newer Post