Pintu Taubat Terbuka Luas Untukmu
Thursday, 13 December 2012 | 07:49 | 0comments
Assalamualaikum
✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿
Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya"
(Hadis Riwayat al-Tarmizi)
Sedang kita fikirkan tentang dosa kita, pernah tak anda semua terfikir akan soalan ini ?
"Bagaimana jika aku mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat dari segala dosa-dosa aku yang lampau?"
"Adakah aku akan mati dengan tenang jika dosa-dosa lalu ibarat menghambat aku sendiri di kari akhirat kelak?
"Dan bilakah waktu Malaikat Izrail itu akan datang untuk mencabut nyawa ku?"
Rasa gerun tak ? Cuba bayangkan nyawa kita betul-betul dihujung halkum kita. Tidak terbayangkan apa yang berlaku pada kita saat itu. Saat mati itu adalah rahsia Allah, tiada siapa di atas muka bumi ini yang mengetahui saat bila kita akan dipanggil oleh Nya mahupun para ulama', orang-orang Alim pasti tidak dapat juga meneka ajal kita... "''
Allah s.w.t telah berfirman:
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat"
Surah Ali Imran ayat 185
Melalui firman Allah tersebut, telah terbukti setiap yang hidup ini pasti akan Mati.. Sesungguhnya Mati itu Pasti . Dan apabila kita menyebut tentang mati pasti ia melibat kan dosa dosa yang kita lakukan. Betul bukan ?
Dan pabila akhirat nanti , pernah tak kita terfikir , adakah amalan baik/pahala aku lebih banyak berbanding buruk/dosa aku ? atau .. adakah amalan buruk/dosa aku lebih banyak berbanding baik/pahala aku ?
Kita selalu dengar orang kata "Alah, aku masih muda, tua-tua nanti aku bertaubat lah.." pernah ?
Ya Allah , Allah tak pernah berfirman yang Mati itu hanya untuk mereka yang tua sahaja. .
Cuba kita fikirkan betul-betul , andai benar mati itu untuk mereka yang tua sahaja, kenapa ada juga bayi yang baru lahir meninggal dunia ? .. Itu telah cukup membuktikan yang mati itu bukan untuk mereka yang tua sahaja , kita yang masih mentah dan muda ni pun boleh menemui ajal. Siapa tahu ? Mati inikan rahsia Allah ..
Jadi tiada alasan lah untuk kita berkata "tua-tua nanti aku bertaubat lah..."
Jadi , semasa kita masih bersemangat ini lah , kita perlu menghabiskan masa kita dengan melakukan ibadah pada Allah atau melakukan sesuatu amal baik untuk kita bawa di akhirat nanti ?
Kalau orang lain yang kisah silamnya lebih teruk berbanding kita boleh berubah lebih baik , kenapa kita tak boleh untuk berubah menjadi lebih baik ? Pasti boleh kan ?
Bukankah pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk kita sebagai hambaNya? Jangan kita sesekali berputus asa dengan Rahmat dari Allah yang menciptakan kita. Kejar lah Rahmat Allah , bukan tunggu , Tapi berusahalah mencari Rahmat Allah , Rahmat Allah itu pasti ada... :)
Allah s.w.t telah berfirman:
"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Surah az-Zumar ayat ke 53..
Terbuktilah pintu Taubat Allah sentiasa terbuka luas untuk hambanya. Ayat diatas cukup memberikan kita bukti yang sangat kukuh sesungguhnya, Dialah jua Yang Maha pengampun lagi Maha Mengasihani.
Nabi Adam A.S telah berkata:
"Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak akan diberikan kepadaku"
1. Taubatku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima disebarang tempat oleh Allah SWT
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Nabi Muhammas SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberikan mereka pakaian.
3. Ketika aku berbuat derhaka kepadaNya, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Nabi Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Nabi Muhammad SAW derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W."
Lihat ? bersyukurlah kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Betapa kasihnya Allah s.w.t terhadap kita, umat Nabi Muhammad SAW .
Oleh itu , selagi masih hidup ini, gunakanlah kasih Allah pada kita ini dengan sebaiknya. Kita manusia biasa termasuk saya, sering melakukan kesilapan . Manusia tidak pernah lari melakukan kesilapan...
Justeru sebelum terlambat, bersegeralah kita untuk memohon ampun dan bertaubat dengan segala dosa, kemungkaran dan kelalaian kita yang lalu supaya Allah dapat mengampunnya sebelum hembusan nafas kita yang terakhir. Renungkanlah sepotong ayat Al-Quran, Surah Ali-'Imran ayat 135-136 untuk kita muhasabah dan hayati.
"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal"
The beauty of Islam
Jom Jadi Baik Sama-Sama

