~ Dakwah Is Sunnah ~
Friday, 1 March 2013 | 02:43 | 0comments
Assalammualaikum
✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿
Dakwah ialah menyeru orang ramai supaya mentauhidkan Allah, melakukan segala kewajipan dan meninggalkan segala laranganNya
Apakah Sunnah Terbesar Rasulullah?
Berdakwah
Apa itu Dakwah?
Dakwah ialah menyeru orang ramai supaya mentauhidkan Allah, melakukan segala kewajipan dan meninggalkan segala laranganNya
Hukum Berdakwah?
Fardu Ain untuk diri sendiri dan menjadi Fardu Kifayah pada orang lain. Dakwah merupakan fardu kifayah, jika tiada siapa yang melakukannya, maka ia menjadi Fardu Ain bagi diri kita untuk berdakwah.
"Ala, kan dah ada ramai orang yang berdakwah,nak berdakwah apa lagi? Nanti Ustaz/Ustazah tak ada kerja pula"
Saudaraku sekalian, dakwah bukan sahaja untuk para ustaz/ustazah mahupun Imam/Ulama', dakwah ini menjadi Fardu Ain bagi diri sekalian Muslim.
"Saya tak pandai bagi ceramah, macam mana nak berdakwah?"
Dakwah itu bukan sahaja melalui ceramah, malah terlalu banyak cabang-cabang dakwah. Dengan menampal artikel-artikel Islamik, Melalui Blog, Media Massa Dan Juga melalui akhlak dengan menjadi Qudwah Hasanah (contoh terbaik) sebagaimana Rasulullah,
Rasulullah sering memberi makanan pada seorang lelaki Yahudi buta di pasar.Yahudi tersebut sering mencaci maki perihal Rasulullah sedangkan Rasulullah hanya mendiamkan diri mendengar cacian lelaki tersebut. Apabila Baginda wafat,Sayidina Abu Bakar yang memberikan makanan pada lelaki yahudi tersebut sehinggakan lelaki Yahudi yang buta itu merasakan kelainan pada suapan Sayidina Abu Bakar dengan suapan Rasulullah SAW. Lelaki tersebut bertanya pada Saidina Abu Bakar siapa yang menyuapkannya selama ini. Maka Saidina Abu Bakar menjawab bahawa Rasulullah SAW yang sering menyuapkan makanan kepada lelaki yahudi tersebut. Lelaki Yahudi buta tersebut menangis lalu mengucap dua kalimah syahadah dihadapan Saidina Abu Bakar.
Lihatlah, betapa akhlak itu boleh menjadi salah satu cara untuk menyampaikan dakwah.
Firman Allah,
Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, " siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah ?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong (agama)Allah",..... (As-Saff, 61;14)
Mengapa kita perlu malu untuk berdakwah? Mengapa perlu malu untuk menegakkan agama Allah?
Firman Allah,
Sungguh, mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan, Kami benar-benar tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu . (Al-Kahf, 18:30)
Dakwah bukan sahaja dari ceremah mahupun Akhlak yang Baik. Jika kita tidak mempunyai Akhlak yang baik juga kita masih boleh berdakwah, Caranya dengan memberi nasihat. Semua orang layak untuk memberikan sebarang nasihat. Tiada suatu syarat pun yang dikenakan untuk memberi nasihat. Tetapi nasihat yang diberikan perlulah kearah yang baik, bukan kita menyatakan ianya nasihat, tetapi kita memberikan yang sebaliknya, contoh;
"aku nak nasihatkan kau, lebih baik kau jual je dadah ni, kalau kau nak cepat jadi kaya"
Ha, saudara, itu sudah melanggar hukum saudara.
" Andai Rasulullah melihat kita berfacebook, bertwitter dan sebagainya, apakah perasaan baginda?"
Gunakanlah laman sosial yang kita miliki untuk berdakwah, bukan untuk tunjuk kita alim, tetapi kita ikhlas melakukannya kerana ianya Sunnah Rasulullah dan ianya sudah menjadi fardu ain bagi diri kita. Jadi, tidak salah untuk kita gunakan facebook, twitter, blog, tumblr, instagram, ask.fm sebagai salah satu cabang dakwah.
Kita post benda-benda baik, tak semestinya kita ni baik, tapi sekurang-kurangnya kita tidak melakukan sesuatu yang tidak baik.
Menegur kesalahan orang lain juga merupakan satu dakwah, dan menegur kesalahan orang yang melakukan kesalahan besar adalah wajib. Contohnya, Kita menegur mereka yang sengaja meninggalkan solat. Andai kita menegur, tetapi teguran itu tidak diterima oleh orang yang ditegur,bersabarlah. Kita sudah terlepas dari satu kewajipan. Berdoalah kepada Allah agar dilembutkan hati hamba-Nya, supaya dia kembali ke jalan yang benar.
-Berubah Itu Sukar, Kerana Syurga Itu Indah-
-Jom Berdakwah!-


