CahayaBahiya
Hebatnya balasan Allah kpd sesiapa yang mencintaiNya
Sunday, 14 April 2013 | 00:19 | 0comments
Assalamualaikum
Kejarlah cinta Allah , maka Allah akan memberikan cintaNya ..


Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

Terdapat seorang lelaki Ansar yang baru memeluk Islam. Pemuda ini terlalu baik dan selalu berusaha untuk menjadi hamba yang bertakwa. Apabila Rasulullah menceritakan tentang syurga, dia menangis kerana merindui syurga Allah, dan ketika Rasulullah menceritakan tentang neraka, dia menangis terketar-ketar kerana takutkan api neraka Allah yang dahsyat.

Pada suatu hari, Rasulullah ingin menguji sifat amanah pemuda itu dengan menyerahkan sebuah bungkusan padanya untuk disampaikan kepada seseorang bungkusan tinggal di hujung bukit. Pemuda Ansar menerima tugas itu dengan gembira. Dia berjaya menyerahkan bungkusan itu kepada orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah. Selesai urusannya , dia pulang dengan hati yang gembira kerana telah melaksanakan amanah Rasulullah dengan sebaiknya. Ketika melalui kawasan tepi sungai yang sangat cantik, dia terpandang seorang wanita cantik sedang mandi di sungai. Wanita itu berpakaian tidak sempurna dan menampakkan tubuhnya yang putih gebu. Pemuda itu beristighfar panjang dan segera memalingkan wajahnya. Dia meninggalkan tempat itu sambil  menangis ketakutann.

Dia meminta ampun kepada Allah kerana tidak sengaja memandang aurat wanita itu. Dia begitu takut dan tidak mahu pulang kerana malu pada Rasulullah SAW. Dia yakin Rasulullah akan dapat perkhabaran daripada Allah. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Rasulullah kerana berasa berdosa. Permuda itu melarikan diri ke kawasan gunung-ganang di antara Makkah dan Madinah.

Selama 21 hari pemuda itu tidak pulang-pulang, Rasululllah khuatir tentang keadaannya. Malaiakat Jibril turun memberitahu Rasulullah SAW tempat pemuda itu berada. Rasulullah mencarinya untuk dibawa pulang. Ketika tiba di tempat dia bersembunyi, terdengar pemuda itu berdoa "Ampunkan dosaku ya Allah.. jangan Engkau bakar mataku ini kerana dosa melihat wanita itu . Aku tidak sengaja yaAllah" 

Rasulullah memujuknya utk pulang. Akhirnya dia akur krn perintah drpd Rasulullah SAW. Pemuda itu menangis menceritakan dosanya yang tidak sengaja melihat aurat wanita. Lalu Rasulullah memujuknya dengan membacakan ayat SURAH AL-BAQARAH ayat 201 yang bermaksud

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan  di dunia dan kebaikan di akhirat dan perliharalah kami daripada seksa neraka .... "

Tatkala Rasulullah tamat membacakan dia dari surah al-Baqarah itu, pemuda itu jatuh pengsan. Apabila sedar, Rasulullah bertanya apakah yang menyebabkan dia pengsan, Jawab pemuda itu, dia begitu ketakuan mendengar Rasulullah menyebut api neraka. Dia terbayangkan azab dan seksaan neraka yang sangat dahsyat.

Tidak lama selepas pemuda itu pulang, pemuda itu jatuh sakit. Rasulullah tahu bawah sakit pemuda ini tidak akan sembuh dan sedang menunggu hari untuk kembali ke sisi Allah. Rasulullah mengangkat kepala pemuda itu lalu dipangku di atas ribaannya, seperti yang baginda sering lakukan ketika melawat sahabat-sahabat baginda yang sakit.

Lelaki itu menghalang Rasulullah daripada meletakkan kepalanya di pangkuan baginda. katanya, "Aku ini hina ya Rasulullah, banyak sekali dosaku. Sedangkan pangkuanmu itu terlalu suci dan bersih.." Rasulullah menitiskan air mata kerana terharu dengan ketakwaan pemuda itu. Lalu Rasulullah bertanya apakah permintaan terakhir pemuda itu. Pemuda itu menjawab .. "Wahai Rasulullah, sebelum aku kembali pada sisiNya, bolehkah engkau tanyakan kepada Allah, apakah Dia mengampunkan dosaku yang terlihat aurat wanita yang sedang mandi itu?"

Rasulullah SAW berdoa san turunlah malaikat Jibril menyampaikan berita, "Wahai Muhammad, Allah mengirimkan salam kepadamu. Khabarkan kepada pemuda itu, seandainya dia mati sekarang ini dengan membawa dosa setinggi langit dan seluas bumi sekalipun, lalu dia bertaubat dan beristighfar memohon ampun kepada Allah, maka Allah menerima cintanya seluas langit dan bumi juga!."

Selepas melafazkan kalimah "La ilaha illallah." pemuda itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semasa jenazah pemuda itu dibawa untuk di kebumikan, Sahabat terpandangkan Rasulullah SAW berjalan terjengket-jengket. Sahabat bertanyakan,  "apakah kaki Rasulullah terkena duri atau kaca ?" Lalu Rasulullah menjawab "Bukan wahai Sahabatku, kakiku bukan terkena kaca atau duri. Sebenarnya aku nampak perkara yang kamu tidak nampak. Aku berjalan begini kerana terlalu sesak. Aku terpaksa berjalan begini kerana tahukah kamu bahawa semua malaikat yang berada di langit turun ke bumi untuk memikul bersama jenazah pemuda ini. Kerana jenazahnya terasa ringan ketika dibawa. Dia seorang lelaki penghuni syurga.."


Itulah balasan jika kita berusaha mencintai Allah dengan segala kemampuan yang kita miliki. Seribu kali Allah kasih dan sayang pada kita. Pemuda itu tidak sengaja berbuat dosa, tapi akan kerana ketakutannya kepada Allah mengatasi segalanya... Dia buat dosa kecil sahaja, tetapi dia berasa dosanya itu begitu besar kepada Allah. Sedangkan banyak orang yang melakukan dosa besar, tetapi menganggapnya sebagai dosa kecil sahaja..."

-Besar sungguh kan keimanan pemuda Ansar itu ? . Malu juga kan jika kita tidak dapat membuktikan cinta kita padaNya .... -

#MuhasabahDiri


Older Post | Newer Post