CahayaBahiya
MUFLIS
Thursday, 30 May 2013 | 10:03 | 0comments
Assalamualaikum


Apa kena mengena gambar ni dengan tajuk muflis ? . Simple je jawapannya , *TAK DA KENA MENGENA PUN*  Saja nak letak gambar tu .. *SILA BACA JAWAPAN ITU DENGAN GAYA MACHO* 

........

Oh , maaf dengan dialog merepek sebentar tadi , okay. 
Post kali ini pendek je , tapi kita boleh jadikan pengajaran. Saya baru lepas dengar ceramah , jadi nak share kotkot ada yang tak dengar ceramah yang saya dengar ..  

.......

Ada apa dengan MUFLIS ? Mesti semua dah tahu apa maksud muflis , tak lain tak bukan orang yang bankrup lah kan ? Yang dah tak da apa2 tuu . . . 

Tapi Muflis yang saya nak bagi tahu ni bukan Muflis dekat dunia , tapi muflis dekat akhirat . . . 

......

Rasulullah saw bertanya pada sahabatnya "Wahai sahabat apakah maksud MUFLIS ?"
Lalu sahabat baginda pun menjawab "Orang yang tiada harta, bankrup ya Rasulullah"
Lalu Rasulullah berkata "bukan itu .. Tetapi orang yang muflis ini adalah orang yang akan menghadap Allah dengan membawa segala pahala solatnya , zakatnya , puasanya dan segala amal ibadah namun pahalanya di ambil semuanya kerana sewaktu di dunia dulu dia tidak menjaga hubungannya dengan manusia , dia menzalimi manusia .. lalu pahala-pahala yang diambil itu dibahagi sehingga habis pada orang-orang yang dia zalimi , manakala , dosa dosa orang yang dia zalimi itu di beri padanya .. "

.....

Persoalan kenapa amalannya tidak diterima ? 
Jawapannya kerana amal ibadahnya ada masalah , apa buktinya ? Jawapannya , kerana amal ibadah itu tidak dapat membentuknya . 

Contohnya situasi begini :

Solat lima waktu tetapi pergi berjudi .. 

Adanya situasi begini adalah kerana amal ibadahnya tidak diterima , 
bukan kah
*Solat itu akan melindungi diri daripada melakukan nahi mungkar dan mendekatkan diri kepada amar makruf .. *


...............


Konklusinya , Hubungan dengan Allah itu memang penting ,tapi tak bermakna hubungan dengan Allah kita abaikan je , Ingat Allah hantar kita kat dunia ni sebagai amanah . Dia nak uji kita ni betul-betul beriman ke ?

Jadi , Ada yang nak jadi muflis di akhirat nanti ? 

Perbaiki lah hubungan dengan Allah , jagalah hubungan sesama manusia .. 

Hubungan dengan Allah baik , tapi hubungan dengan manusia tidak baik . Maka rosaklah segala amal ibadahnya..




Older Post | Newer Post