Sabar Itu Sweet
Saturday, 25 May 2013 | 21:51 | 0comments
Assalammu'alaykum
✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿
Sabar, Rasanya semua orang dah sedia maklum apa itu sabar dan makna sabar itu sendiri. Betulkan? Bersabarlah, Allah dan RasulNya sayang pada mereka yang sabar. Maaf, tak dapat nak share hadis, terlupa nak bawa tadi. Maaf ye?
Kenapa kita perlu sabar ye? Apa function sabar itu sendiri? Sebenarnya, sifat sabar inilah yang mengajar kita supaya kita menjadi seorang yang pemaaf. Seorang yang lebih kuat, dan tabah. Kenapa? Lihatlah, kalau kita kurang sifat sabar, kita akan selalu marah. Sampai kadang-kadang tu boleh jadi kurang waras sebab kita tak boleh kawal marah. Lagipun, kalau kita selalu marah-marah, siapa yang suka kita? Mahu kita dicop sebgai garang, Singa Betina dan sebagainya. Muka kita pun cepat berkedut sebab asyik mengerutkan dahi je. Betulke?
Sakit itu perit, dugaan itu payah, namun, dalam keperitan dan kepayahan itulah tersimpannya sebuah nikmat. Sakit itu kafarah (penghapus) dosa, Dugaan pula merupakan ujian dari Allah untuk memantapkan iman kita pada Dia.
Itulah kata-kata yang penulis sendiri cipta, dan sentiasa terpahat dalam hati. Bukan nak promote quotes, tapi penulis rasa, penulis nak kongsi Ilham yang Allah bagi masa penulis tengah down.
Bila kita buka topik tentang sabar ni, penulis rasa macam nak kongsikan sedikit cerita pada pembaca. Cerita ni berlaku pada penulis sendiri.
BismillahirRahman nirRahim,...
Amni (penulis guna nama samaran penulis tau!) adalah seorang ahli BADAR (Badan dAkwah DAn Rohani) dekat sekolah. Maklumlah, Amni baru form 3. Setiap ahli BADAR puteri ada jadual tugasan masing-masing. Setiap seorang bertugas untuk satu hari dalam seminggu kecuali BADAR HICOM. HICOM ni, sebenarnya HIgh COMunity yang ada jawatan tertinggi dalam oranisasi BADAR (yang disandang oleh senior) . Amni pula, seorang je BADAR puteri yang bukan HICOM, tapi kena bertugas dua hari. Waktu BADAR bertugas, dia akan dibahagikan , sebahagian kena jaga surau besar, sebahagian lagi jaga musolla perempuan. Amni pula kena jaga musolla perempuan untuk kedua-dua hari tu. Nak dipendekkan cerita, pada mulanya Amni tak kisah sangat pasal tugasan ni. Inikan amanah Allah, jadi Amni kena jalankan tanggungjawab Amni dengan baiklah. Setiap petang, Amni akan jaga musolla perempuan. Sebab BADAR lain tak ramai yang duduk dekat belakang. BADAR semua, Amni minta maaf ya, Amni nak cerita ni. Boleh dikatakan setiap petang jugalah Amni jaga musolla perempuan. Dah macam gila kuasa pula Amni kan? Satu hari tu, semua BADAR puteri kena marah dengan Naib Pengerusi. Dia kata BADAR puteri ni tak jalankan tugas langsung. Amni sedar lah juga, apa yang dimaksudkan. Sebab kami buat kerja pun menunggu arahan dia dulu. Salah kami pun.
Petang tu, macam biasalah, Amni kena buat pengumuman dekat pelajar, buat saf, baca Al-Mathurat, tapi yang duduk dekat belakang dan yang masih belum duduk dalam saf tu pulak merupakan senior Amni. Memang lah sedih, junior nak bagi arahan dekat senior. Senior suka ke ikut? Kalau suka, Alhamdulillah. Amni tak tahulah, mungkin hati ini tak tahan godaan syaitan kot. Amni penat bagi arahan. Amni kan BADAR, kawan-kawan Amni semua macam malas nak ikut arahan Amni. Bagi mereka, Amni ni kawan mereka, setaraf mereka, untuk apa ikut. Mungkin, ini sangkaan Amni saja, sebab mereka macam tak ambil kisah sangat dengan arahan Amni. Sejak itu Amni mula down. Down sangat bila Amni tengok, sahabat BADAR Amni yang lain duduk dekat depan, dah buat saf, rileks je tiap-tiap hari. Amni je yang dok melaung-laung suruh orang duduk dalam saf. Maaf, bukan semua BADAR, tapi kebanyakan. Maaf ya sahabat BADARku sekalian..
Selesai je solat maghrib, Amni menangis, menangis sebab Amni tak tahan, pelajar lain buat tak tahu je bila Amni bagi arahan jangan begitu, jangan begini. Amni cakap kat kawan Amni, Amni fed up jadi BADAR. Amni nak quit BADAR. Bila bestfriend Amni tengok Amni macam tu, dia nasihatkan Amni.
Just Relax, benda ni kecik je sebenarnya, kau je yang anggap benda ni besar, sabarlah, Allah nak bagi kau ujian. Just take it positive. Kau anggap je benda ni untuk meningkatkan lagi kekuatan kau. Maybe kalau kau boleh hadapi semua ni, kau lebih hebat berbanding BADAR-BADAR lain. Kalau kau takde, siapa lagi nak urus? Relax, cuba kau tengok nabi Muhammad, kau nak ikut dia kan? cuba kau tengok dia, even susah pun dia nak dakwah, even hebat mana pun orang tentang dia, dia tetap sabar kan? Kau punya ujian kecik je.. Sabar ek?
Bercucuran air mata Amni lagi-lagi bila dia mention Rasulullah. Allahu akhbar. Besar lagi ujian yang Baginda S.A.W hadapi bebanding kita sebenarnya, Amni pernah terdengar atau terbaca satu ayat ni yang terpahat dalam minda Amni.
Tiada ujian yang lebih berat berbanding ujian buat Rasullullah dan para sahabat.
Untuk itu, bersabarlah, Sabar itu sangat sweet sebenarnya. Mari kita perbaiki diri kita dengan sifat-sifat sabar. Okay?
Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa bersabar dengan ujianMu.

