Bila Syawal menjelma..
Wednesday, 7 August 2013 | 16:42 | 0comments
Assalammu'alaikum.
Ha,.. Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa,.. akhirnya dipertemukan jua dengan Syawal.. dapat juga kita mendengar takbir raya. Alhamdulillah. Bagaimana Ramadhan kita yang lalu? moga dapat menunjukkan perubahan pada diri kita kearah yang lebih baik setelah pentarbiyahan selama sebulan kita berpuasa.
Ramadhan, mengajar kita erti kesabaran, kejujuran,. mengajar kita untuk menjaga pandangan, perdengaran, dan yang paling penting sekali, mengajar kita untuk rajin beribadah kepada Allah. Moga apa yang kita lakukan di bulan puasa yang lalu dapat kita teruskan lagi . Ingat, ibadah bukan hanya di bulan puasa.
Bukan hanya bulan puasa yang tidak boleh melakukan dosa,.. bulan lain pun..
Raya , raya juga, tapi jangan sampai kita terlupa untuk menjaga batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh Allah. Jangan jadikan syawal yang merupakan kemenangan Islam ini, menjatuhkan Islam sendiri.
Mohon dijauhkan... Raya, raya juga,.. tapi jangan tinggal solat. Sesungguhnya solat itu tiang agama. Orang yang meninggalkan solat itu merupakan orang yang meruntuhkan agamanya sendiri.. Mohon maaf kami pinta dari semua pembaca, atas kesilapan dan kekurangan kami,.. Moga syawal kali ini. mendapat berkat kerana kita saling bermohon maaf-maafan..
Beramal untuk Allah..


