CahayaBahiya
Berhijrahlah sayang.
Saturday, 22 March 2014 | 08:35 | 0comments
Assalammualaikum!


Hijrah..

Alhamdulillah, ramai remaja Islam yang sudah mula membuat perubahan dalam diri mereka. Apa yang saya lihat, mereka mula berubah, sedikit demi sedikit kearah kebaikan. Ada yang ingin berhijrah, tapi takut. Ada yang sudah berhijrah, tapi asyik jatuh sahaja. Tak apa, kita mula balik okay?? sikit demi sedikit..


cuba tengok pyramid tu,..kukuhkan? ha, macam itulah kita perlu bina iman dan kekuatan kita .. jangan salah faham pulak, saya bukan suruh awak bina kekuatan dan iman awak semua bentuk piramid, saya suruh bina sekukuh piramid! Cuba tengok piramid tu, base dia besar kan?? sebab itu dia kukuh . betul tak,? so, anologinya di sini, kalau kita nak berubah, dan berhijrah, kita perlulah mempersiapkan diri dengan apa jua bentuk sokongan supaya kita boleh naik ke tingkat yang seterusnya tanpa ada rasa risau akan terjatuh. Ada faham? Tak faham juga? huhu, maaf, tiada pengulangan kata :3

kekuatan itu perlu dibina, bukan untuk ditunggu





    "Hijrah ni susahlah,.. aku penat,.. asyik nak berhijrah je, kena ejek,.."

"Sis, saya nak berhijrah, tapi macam mana ye? saya keliru,.. mak macam tak bagi je?" 


"Saya tengok, kawan-kawan saya yang berhijrah, semua kena pulau, memanglah orang kata kita ada Allah, tapi, kita pun tak boleh nak nafikan perasaan kita nak berkawan tu.." 

"kita takutlah nak berhijrah, nanti orang lain asyik ingat masa lalu kita je.  :( " 

Ya, memang ramai ingin berhijrah, ramai sangattt.. tapi ramai yang takut dan ragu-ragu. Jangan! Sangat rugi tau sebenarnya kalau kita dah diberi hidayah dari Allah untuk berhijrah, tapi still tak nak . Andai Allah tutup hati kita ni dari menerima hidayah, macam mana pulak? 

Ya Allah, jagakan hati kami supaya tetap berada dijalanMu..Janganlah Engkau menarik hidayah yang telah Engkau berikan ini Ya Allah.. 


Sahabatku sayang, memang jalan nak berhijrah ni susah,. dahlah susah, lama pulak tu. Tapi kan awak,
kenapa awak perlu berhenti mencuba? teruskan langkah awak!! takkan awak nak berada di belakang selama-lamanya? orang lain dah berlari nak kejar syurga. Awak nak kasi syurga tu penuh dengan orang yang lagi banyak amal dan iman dari awak ke? awak tak teringin nak berada di antara yang teratas seperti Ahmad Ammar yang gugur syahid tanpa mengangkat sebarang senjata ke? Hijrah tu memang agak sukar, tahu kenapa? sebab Allah nak tengok, sejauhmana kita tahan . Sejauhmana keikhlasan kita untuk berubah kerena Allah. cuba byangkan. kalau kita baru diuji sikit, dah jatuh. macam mana kita nak bela agama Allah andai berlakunya peperangan nanti? macam mana? kalau kita tak kuat, macam mana kita nak kalahkan musuh-musuh Allah tu? fikir, fikir~~


Kuatkanlah diri, tabahkan hati.. pekakkan saja dengan tohmahan dunia.. takpa, doa banyak banyak supaya mereka pun berubah.. teringat lagi, sewaktu saya ingin berubah,.. ramai yang membangkang.. ramai yang terkejut,. kawan-kawan dah taknak story mory ngan saya dah.. sedih,,,. sabar je yang mampu saya buat. Ya lah, takkan nak berhenti separuh jalan? Alhamdulillah,.. ujian Allah tu, pasti akan ada ganjarannya jika kita bersabar.. dengan izin Allah,.. orang yang membangkang dan menentang dulu, tiba tiba terbuka hati ingin berubah,. kuasa Allah,.. bukan terbuka hati saja, malahan berubah jauh lebih baik dari saya. 



Tak rugi kalau kita berubah menjadi lebih baik,.. walaupun pada dunia  kita diperlekeh, tapi Allah,. tetap selalu ada untuk menerima perubahan dan taubat kita..Jadi, jangan pernah putus asa okey?? Fighting!!


MOGA ALLAH REDHA






Older Post | Newer Post