CahayaBahiya
zikr atau sekadar lafaz?
Wednesday, 17 September 2014 | 06:57 | 0comments
Bismillahirrahmanirrahim.
cliche ke tajuk ni? *uhuk2*

sudah lama rasanya saya tak menjejakkan entri di blog ni.. hmm.. maaf.
semua gara-gara tak ingat password. maaf lagi.
malam ni terasa segar daripada malam yang lain. ecewah. hihi. abaikan. Lagha
Baik lah.

Saya nak tanya, apa maksud zikr? menurut apa yang saya dah belajar waktu f3 dolu2..
zikr ni bermaksud..

mengingat. atau ingat atau remember atau.. apa lagi ye? perkataan lain yang sama erti dengannya.
Jadi.. secara am nya.. zikr ni maksud dia ingat. Kalau zikrullah? Ingat Allah la kan? Jadi, yang orang duk sebut 'alhamdulillah', 'allahuakbar', 'subhanallah' sampai beratus-ratus ni.. pekebendanya?
Betul la.. ingat Allah tu tak semestinya hanya dengan berwirid allahuakbar dan sebagainya..

Cukup sekadar bila kita atas train nak pergi mid valley, hati kita asyik mengingat Allah dan sedar bahawa Dia mengawasi.Bukannya naik train dengar lagu, then claim yang diri tu ingat Allah sebab dalam hati ada Allah. Pergh. 

Kalau hati sedang mengingat tuhan, mestilah yang akan kita nak buat tu.. semua yang mendekatkan kita kepadaNya. Kalau betul ingat tuhan pada waktu tu.. takkan la pergi bunuh orang. ye dok?

Zikrullah ni, bermula dari hati, sayang oi. sebab tu, kalau berzikir, lebih elok tak menggerakkan mulut.. kalau gerak mulut.. takut riak. Lagipun, nanti takut yang mulut bergerak. Yang hati dan akal melayang ke ceruk zimbabwe mana entah.

"Jadi, lepas ni, aku tak payah la nak berwirid bagai.. sebut subhanallah bagai.. aku ingat kat hati je la.."

Wahai pembaca yang saya kasihi kerana Allah..., Bila hati dah ingat Allah, secara tak langsung kita akan ada rasa takut, cinta, rindu dan perasaan yang baik2 belaka. Jadi, bila perasaan ni hadir, maka akan terasa lah seperti hendak membuat perkara2 baik. Jika pada waktu tersebut ada seorang makcik kena langgar dengan kucing, maka kita bantu 
Maaf.. lawak yang hambar. Jika pada waktu tu kita nampak ada orang tengah minta duit... kita pun bagilah dalam jumlah yang sepatutnya. Kalau ada hadek2 yang terjatuh lalu menangis, bagilah gula2. Kalau ada ikhwah yang berduka.. pujuklah. Eheh?Jangan mengada buat ye..

Kalau dalam train.. tengah sesak. Kita pula tengah berdiri.. Nak buat apa? HAH! nilah masanya subhanallah, alhamdulillah, astaghfirullah dan allahuakbar itu perlu. Mereka yang memburu syurga, akan melakukan sebanyak mungkin amal yang mampu mereka lakukan. So, bagi mengisi masa dlm train nak pergi berjimba di 'lembah tengah' / KLCC/ lepak dengan budak2 Pavillion /Nu Sentral, moleklah kita sama2 berzikir. Mengingat kebesaran Allah.

Tapi, jangan pula sampai, yang mulut bergerak, yang mata tertutup, yang fikiran dah ada kat 'taman mimpi'. Tak molek.

Satu lagi.. apa speselnya zikir ni kalau nak banding dengan kita tolong orang dan amal2 lain?

Please be noted that.. zikr dapat:
-meningkatkan keimanan
-membersihkan hati yang dh tak nampak macam hati nih. *utk korang je kot.* joke. kiki..
-menambah rezeki
-mendekatkan kita dengan Allah.

So, orang yang jarang berzikir ni, berkemungkinan untuk jatuh/futur. Mudah berbolak-balik hatinya. Zikr ni ibarat protein yg ikhwah2 duk amek bagi sado tu..Alah.. takkan tak tau? Kan?
Jadi, zikr ni jugak macam baja. Nak iman sntiasa hebat, ambillah zikr 3 kali sehari. ecewah! HAHAHA. Takde istilah amek 3 kali sehari. Kita hamba Dia 24/7. maka, ingatlah dia sebanyak yang kita mampu. Dia tak pernah lupa kita. Segala yang ada dalam kehidupan kita, dia yang aturkan. Hatta degupan jantung dan diffusion of carbon dioxide dan oxygen pun Dia dah atur. Siapalah kita ni.. Tak penting pun. Kalau kita takde pun.. Tak hancur dunia ni! Kita tak beri kesan hatta pada ekosistem pun. Apatah lagi pada Dia yang Maha Kuasa.

Jadi, perlulah kita utk berzikir selalu.
Tapi... cuba baca cerita kt bwh ni

Semasa di surau selepas selesai solat, beberapa org wirid bersama.. ada juga yg balik dulu.
Adik: can we just go home?
Abang: why? I thought u want to go to jannah to meet Allah.
Adik: what's the point by lowering ur head and close ur eyes n reciting lailahaillallah?
I thought we're supposed to recite it with dignity n proud.
Abang:*don't know what to say* let's go home ,then.

Kita berzikir perlu ada rasa bangga dengan Tuhan kita yang satu.. bukan sekadar melafazkan.
Wallahualam.
Dari insan yang kurang ilmu,
NFR


Older Post | Newer Post