CahayaBahiya
#2 Cubaan buat kami
Sunday, 4 January 2015 | 20:44 | 0comments


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. ^^

Hari ni,aku rasa happy sangat.. nak tahu kenapa?
Sbb hari ni iaitu tanggal 15 April merupakan hari jadi naqibah aku tu iaitu kak Hidayah.. 

Rupanya time2 aku cari ‘hidayah” dulu tu aku jumpa Kak Hidayah pulak.. Aheheher..

Aku dh beli hadiah yg istimewa untuk dia iaitu sebuah buku yang bertajuk ‘Manisnya Ukhuwwah Antara Kita’.. aku siap belikan kek lagi untuk dia tapi sepotong je lah.. aku tak mampu..
Nampak tak betapa sayangnya aku kat dia..

Nasib baik dia baik,dia appreciate apa yg aku bagi kat dia.. dia siap cakap aku ni sweet lagi sbb bagi buku tu kat dia.. aku tak tahu nak bagi apa lagi kat dia..

Aku ingat lagi time malam yg dia suruh aku gi dorm dia tu..
Time tu dia taa’ruf ngan aku dulu.. sebelum kami berpisah,dia hadiahkan aku satu benda tau.. dia bagi Al-Quran terjemahan.. aku nangis time tu sbb aku bahagia sangat.. 

Pada keesokan harinya iaitu,16 April,aku melangakh masuk ke kelas seperti biasa..
Kawan aku selaku Penolong ketua kelas lantas memanggil ku..

Dia borak2 ngan aku pastu dia cerita pasal Kak Hidayah kat aku.. Dia cakap kak Hidayah tu selalu kutuk2 aku kat belakang,selalu mengumpat aku dan x sayangkan aku lagi.. 

Pada awalnya,aku x percaya tapi PKK aku tu setahu aku baik orangnya..

Aku pun siasat Kak Hidayah aku tu.. Aku Tanya dia betul ke dia tak sayang aku?
Pastu kak Hidayah cakap dia tak sayang aku.. Aku nangis sambil berlari ke dorm aku..

Aku sedih sangat.. aku capai Quran yang berada di atas locker ku itu dan aku terbukak Surah Al-Baqarah yang kami tadabbur hari tu.. tapi hati ku tak tenang.. aku terus tutup Quran tu..

Aku try dengar mp3 pulak tapi lagu kegemaran kami yg keluar iaitu (UNIC-Kau Sahabat teman kawan)
Aku tutup mp3 tu sbb aku nak lupakan akak tu!!
Aku benci dia!!

Bermula pada hari tu,aku tak rapat ngan dia dah.. dia bukan naqibah aku lagi..
Aku dah tak perlukan dia dah..

Malangnya,kami ni satu sekolah jadi x mustahil lah kalau terserempak setiap hari..
Setiap kali aku Nampak dia aku akan jelling kat dia tapi dalam hati aku ni aku menangis sekuat hati..
Aku tak sangka orang yang aku sayang selama ni tak sayang aku tapi benci aku…
Aku dah tak tahan lagi!

Suatu hari semasa aku membuka Al-Quran ku,aku terjumpa sehelai kertas di dalamnya..
“jumpa akak malam ni!”
Aku kenal sangat tulisan ni.. Kak Hidayah..
Kat bawah surat tu ada tulis with love tapi x de nama pastu aku koyakkan with love tu.. aku rasa tetipu ngan Hidayah yang kononnya sayang aku.. tak payah nak berwith love sangat lah!!

Balik je dorm,aku tengok kertas tu betul2.. aku fikir nak jumpa ke tak..
Fizikal ku keras mengatakan tak payah jumpa tapi hati ku berat untuk mengatakannya..
 Aku rindu orang yang benci aku tu!!


Aku pun pergi ke dormnya pada malam itu.. bukan dia je yg aku rindu tapi tarbiyyahnya juga..
Pastu aku pun jumpa dia.. dia cakap ngan aku pasal peringkat ukhuwwah.. aku ingatkan dia nak mintak maaf tapi cerita pasal ukhuwwah pulak.. huh!

Dia cakap selemah-lemah peringkat ukhuwwah tu salamatus sadr iaitu berlapang dada..
Pastu dia cakap lepas dh Berjaya salamatus sadr,husnudzhon pulak pastu baru itsar iatu lebihkan orang lain..
Aku tak faham apa yg dia cuba cakap tapi aku yakin dia ada maksudnya yg tersendiri..

Dia sambung lagi.. kalau berlapang dada pun tak lepas maka runtuhlah sebuah ukhuwwah tersebut..
Pastu aku Tanya dia balik.. bukan hari tu akak cakap akak tak tahu pasal ukhuwwah ke? Mana akak dapat semua ilmu ni..

Dia  tepuk paha akau dan dia cakap,daripada buku yang kamu bagi akak hari tu lah! Buku ‘Manisnya Ukhuwwah Antara Kita’ tu..
Lah ye ke?

A’ah.. jadi sekarang ni akak nak minta maaf kat kamu sebab akak cakap akak tak sayang kamu hari tu..
Hermmm.. 1 syarat!
Kita dengar lagu dulu..
Ok..akak pasang lagu ni eh.. (UNIC-sahabat sejati)

Time,kitorang dengar lagu tu kan,dia cakap kat aku.. akak bukan tak sayang kamu malah akak sayang kamu lebih daripada sayang tu..
Tak faham lah kak..
Akak cinta kamu kerana Allah..

Aku bahagia kerana ukhuwwah kami tak hancur malah lebih kukuh..
Aku sedar yg aku ni patutnya salamatus sadr bukan bertindak melulu je.. Aku malu dgn diri aku..
Ha,,lepas habis je lagu tu kan,akak tu tadabbur ngan aku satu lagi ayat dari surat cinta Allah..
Surah Al-Insyirah ayat 5 yang bermaksud :Di setiap kesulitan pasti ada kemudahan..
Aku masih curious dan tertanya-tanya betul ke??

Tapi aku bersyukur kak Hidayah tak marah aku,tak putus asa ngan aku malah  mentarbiyyah aku dengan penuh kasiih sayang..
Dia cakap kat aku,nak tahu tak ukhuwwah kita ni macam mana??
Nak,nak.. ^^

Ukhuwwah kita ni osem gittuh,tapi tak cukup ohsem.. kita kena tarbiyyah lagi..kalau sekarang ni kita  berdua je,kita kena berpuak pulak.. dakwah orang lain baru lebih ohsem.. ha gitttuh!!
Terima kasih Allah..

Bersambung~

Cerita ini adalah rekaan semata-mata..kalau ada kena-mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia harap di maafkan^^

05012015
1238
AFK

Older Post | Newer Post