uKHUWAH FILLAH abadan abada
Monday, 2 February 2015 | 00:11 | 0comments
Definisi ukhuwah fillah abadan abada.
Bismillahirrahmanirrahim.
|
|
|
kredit |
Peh. Sejuk sangat weh malam ni. Dah
pakai sweater pun sejuk lagi. Peh pehh pehhh. Okay dah. Lelebih pulak
aku ni.
Ukhuwah fillah
Persaudaraan atau persahabatan kerana
Allah.
Abadan abada
untuk selama-lamanya (inshaaAllah).
Aku tambah lagi benda penting pasal
bersahabat kerana Allah ni.
Macam mana bersahabat kerana Allah?
Seorang sahabat yang bersahabat
kerana Allah seharusnya mempunyai 12 ciri di bawah;
1. Jika engkau berbakti kepadanya, ia
akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan
dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan
daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu
kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan
(bantuan) daripadamu, ia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak
baik padamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan
daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana
malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa
dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk
menghilangkan kesusahanmu itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya,
nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu,
nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham,
nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan kamu.
Assalamualaikum wbt.
Selamat sejahtera keatas kamu semuaaa
:')
Dah lama saya tak update Blog.
Disebabkan exam selama 3 minggu
dan bermakna saya juga tak buka blog
selama 3 minggu.
*DISIPLIN*
Alhamdulillah
dalam saya sibuk menghadapi exam,
sudah banyak perkara yang sukar saya
hadapi.
But when we put ALLAH SWT first
all will gonna be easy.
So today story yang saya nak shared to
you Alls
is about Ukhwah Fillah.
*Apa tu?*
Ukhwah fillah itu sebenarnya perkataan
dalam bahasa Arab
makna dalam bahasa melayu
adalah boleh digelar sebagai
persahabatan.
Naam! Persahabatan.
But masih kaburkan akan apa yang saya
nak sampaikan kan?
*cop! dekat gambar atas tadi ada petikan ttg Barbie ect,
but the story not remains about that.*
*cop! dekat gambar atas tadi ada petikan ttg Barbie ect,
but the story not remains about that.*
*back to the story*
okay, saya tak nak tulis
panjang-panjang, sebab saya tahu majoriti tak ramai yang
minat nak membaca leteran kita. And
manoriti yang "Nak" dengar leteran kita.
Yedaak?
Okay let me straight to the point.
Dalam sepanjang penghijrahan saya ini
Banyak sangat suka-duka yang saya
tempuhi
Then dari situ jugak saya dapat lihat
Yang mana "kawan" dan
yang mana "sahabat"
"Kawan" "Sahabat"
maksud yang samakan?
means kawan.
But apa yang saya nak tekankan dekat
sini is about
apa different between Kawan dengan
Sahabat yang punyai maksud yang sama tu
but berbeza dari segi pendapat dalaman
or masing2.(maybe)
Kawan ini kita boleh gelar ia sebagai
kawan time senang,
kawan time banyak duit,
kawan time happy go lucky,
kawan untuk enjoy,
kawan untuk kersuka ria.
But from the details above. have we see
the benefict?
means kebaikan seorang kawan?
and Sahabat.
Sahabat ini ada time senang,
sahabat ini ada time susah,
sahabat ini ada time kita sedih,
sahabat ini ada time kita sakit
And yang paling Best sahabat ini adalah
Sahabat yang sentiasa membawa kita
kearah kebaikan.
Okayy~
LOOK.
Time saya menghadapi waktu susah
baru saya sedar yang saya sebenarnya
ada ramai kawan.
But when kita nak mengadu
nobody want to care!
And itu adalah namanya Kawan,
But Sahabat itu berbeza.
Sahabat ini bila kita senang ataupun
susah
dia tetap ada.
Dan yang paling penting is bila kita
tengok muka sahabat kita tu
hati kita rasa tenang!
Hati kita rasa makin cinta Akan Agama
dan Tuhan!
MasyaAllah
Tiada yang lebih indah jika kita
memiliki sesuatu ukhwah yang niat kita hanya kerana Allah
Dan saya terus terang saya sayang
sahabat saya itu kerana Allah
You alls know what. when we love person
sake of Allah SWT. InsyaAllah
kita akan diCintai dan Dirahmati oleh
Allah SWT
Tells me kawan, tells me sahabat
Tiada apa yang lebih indah if kita
dapat rasa kemanisan ukhwah tersebut.
Seriously and tulusly
If kita ada beribu kawan tak kira di
myspace, facebook, twitter and all of
laman sosial now
but can you find the best person to be
your Bestfriend?
Iaitu Seorang manusia biasa
yang
serupa seperti kita
serupa seperti kita
yang setia ada bersama kita ketika
susah dan senang?
so the solution is
Carilah kedamaian hidup dengan ber
ukhwah fillah dengan sesama manusia.
Carilah sahabat atau kawan yang
betul-betul
boleh membawa kita kepada kecintaan ilahi!
boleh membawa kita kepada kecintaan ilahi!
Dears members :')
Senyuman sahabat itu tidak ternilai
harganya, apatah lagi
jika dia tersenyum sebab kita!
SO
Anda yang menentukan sahabat
masing-masing
anda ada hak untuk berkawan dan memilih
kawan
Ramai yang cakap nak "kawan dunia
akhirat."
Tapi erti kawan dunia akhirat itu
adalah
kawan yang baik, kawan yang sentiasa
membawa kita
dan dekatkan kita dengan Allah
Dan InsyaAllah maka diaakhirat nanti
kita tetap bersama sebagai sahabat.
Saya tak nak ada kawan yang happy
didunia tapi bermusuhan diakhirat
sebab tak pimpin korang kejalan Allah.
Saya tak nak. and im sure you guys also
tak nak.
Kata nak masuk Jannah(syurga) sama-sama
kan?
Jadi, jadilah sahabat yang memimpin
diri dan sahabat masing masing
untuk mengapai redhaNya.
Dan yang penting niat kita berkawan itu kerana Allah Swt
untuk mengapai redhaNya.
Dan yang penting niat kita berkawan itu kerana Allah Swt
So anda layak menentukan yang mana
sahabat anda.
Mulakan dari hari ini!
Salam sayang kasih dan cintaku buat
semua
Ukhwah fillahku yang
berada di sekolah,
Facebook
and lovely twitter!
buat kita diakhirat kelak.
Bagaimana Dikatakan Ukhwah Fillah?
Bila kita fikirkan apakah kita sekarang
berukhwah kerana Allah? Seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang
pernah kita alami? Bagaimana kita menjaga ukhwah itu? Banyak
persoalan yang perlu kita muhasabah semula.Begitu juga dengan diri
saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam
saya bersahabat.Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang
penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti
dia akan memahami kita.Kita semua tidak sempurna tapi kita
cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing
sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan.Dalam kita
bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah
dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana
Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud
menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang
satu.
Tingkat ukhwah yang paling rendah
adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang
paling tinggi adalah ithar. Kenapa kita dengan orang barat berbeza
dalam bersahabat? Orang barat bersahabat untuk keperluan dunia sahaja
tapi orang islam bersahabat mengharapkan pertemuan hingga ke syurga.
Atas dasar kerana Allah s.w.t , ikatan yang paling kuat antara hati
dan akal. Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang
kita hadapi. Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah
sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya.
Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang
kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang
kuat.
10 kepentingan dalam menghubungkan
ukhwah:
1) Untuk mendapat keredhaan Allah
kerana Dia suka pada orang yang menghubungkan ukhwah begitu juga
Penghuni langit dan bumi.
2) Kita juga mengembirakan para
Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang
menghubungkan ukhwah.
3) Pahala yang berterusan.
4) Rezeki yang diberkati Allah
5) Allah s.w.t melanjutkan usianya.
6) Dapat menambah dan menimbulkan rasa
kasih sayang dalam pergaulan seharian.
7) Iblis dan syaitan bertambah gelisah.
8) Akan disegani dan dihormati oleh
masyarakat yang berada disekelilingnya.
9) Mengembirakan jenazah yang berada di
alam barzah.
10) Dapat mencetuskan kegembiraan pada
kedua belah pihak,tiada amalan yang lebih baik melainkan dapat
mengembirakan hati orang-orang beriman.
Syarat-syarat berukhwah:
Ikhlas
Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa
Melazimi ajaran Islam (amar makruf nahi
mungkar)
Nasihat-menasihati ke jalan Allah
s.w.t.
Tolong-menolong kerana Allah s.w.t.
Status dua orang yang berukhwah:
Darjat yang tinggi di syurga Allah
s.w.t.
Mendapat kemuliaan pada hari
kebangkitan.
Menyayangi seseorang kerana Allah s.w.t
bukan sebab lain hanya hadir pada hati yang bersih.Dunia dan
segala hiasannya dipandang kecil berbanding keredhaan Allah s.w.t.
Kasih sayang yang hebat dan suci
sehinggakan Allah s.w.t akan memuliakan hambaNya yang mampu berbuat
demikian.
Rasulullah s.a.w juga menyarankan agar
kita menzahirkan kasih sayang kita kerana ukhwah sangat penting dalam
membentuk masyarakat.
Ciri-ciri mereka yang berukhwah kerana
Allah s.w.t:
Tidak membiarkan atau meninggalkan
sahabatnya yang dalam kesusahan.
Bersifat toleransi dan memaafkan.
Berjumpa dengan wajah yang tersenyum.
Bersahabat ikhlas kerana Allah s.w.t.
Setia dan berbuat baik pada sahabat.
Tidak mengumpat dan tidak menceritakan
keburukan sahabat.
Mengelakkan perselisihan
pendapat,gurauan yang berlebihan dan tidak tepati janji.
Bersifat pemurah dan muliakan sahabat.
Mendoakan sahabat.
Bagaimana cara untuk kita mencapai roh
ukhwah?
1) Memberitahu kepada saudara yang
dicintainya- Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang
mencintai saudaranya maka hendaklah dia
memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud dan Tirmizi)
2) Berdoa untuk mereka- Menurut riwayat
Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seorang
hamba mukmin berdoa untuk saudaranya
dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan
bagimu juga seperti itu”.
3) Berjabat tangan bila bertemu-
Rasulullah s.a.w menyarankan pada umatnya bila bertemu dengan
saudara-saudara agar cepat-cepatlah
berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud
dari Barra: “Tidak ada dua orang
mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya
diampuni dosanya sebelum berpisah”.
4) Memberi senyuman ketika bertemu-
Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Janganlah engkau remehkan
kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika
engkau berjumpa saudaramu maka berikan
dia senyuman kegembiraan”. (H R Muslim)
5) Mengunjungi saudara- Dalam kitabnya
Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan bersabda Nabi
Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t
berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang yang mencintai
kerana Aku, dimana keduanya saling
berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku”.
6) Menyampaikan ucapan selamat-
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Barangsiapa mengucapkan
selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat
kebahagiaan nescaya Allah s.w.t
mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)
7) Memberi hadiah- Imam Dailami
meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Hendaklah kalian saling
memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan
menghilangkan kekotoran hati”.
8) Memperhatikan keperluan sahabat-
Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Siapa yang meringankan beban
penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan
beban penderitaannya di akhirat kelak.
Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah
s.w.t akan memudahkan urusannya di
dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim
pasti Allah akan menutupi aibnya di
dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong
hambaNya jika hamba tersebut menolong
saudaranya (H R Muslim)
9) Tegakkan hak-hak persaudaraan: Wajib
bagi kita menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain,
Seperti menziarahi saudara yang sakit,
mendoakannya ketika bersin dan menolong bagi yang dizalimi.
Perkara tersebut adalah penting untuk
menunjukkan rasa cinta kasih kita pada sahabat kita sekaligus untuk
mempereratkan ukhwah bila kita laksanakannya betul-betul kerana Allah
s.w.t.
Marilah kita renungi sejenak firmanNya:
“Dan yang mempersatukan hati mereka
(orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang
berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,
akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya
Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(al-anfal:63)
Kita dapat merasai kekuatan ukhwah itu
kerana ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dari
sinilah terbitnya ukhwah fillah (persaudaraan kerana Allah) .
Keindahan dalam kita berukhwah akan terserlah apabila iman yang kuat
tersemat didlm hati.
Menyingkap kembali ukhwah yang dibentuk
oleh Rasulullah s.a.w di dalam jiwa para sahabat, maka di sana
terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayati erti
ukhwah kerana Allah. Bukan harta sahaja yang mereka serahkan bahkan
nyawa pun sanggup dijadikan cagaran. Tapi hakikatnya kita pada hari
ini adalah jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh
generasi terdahulu. Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan
peringkat persaudaraan yang paling rendah sekalipun kita tidak mampu
laksanaknanya. Persaudaraan yang sejati adalah bermula daripada
keikhlasan dan kasih sayang yang benar dan semata-mata kerana Allah.
Kesilapan yang lalu jadikan sebagai ikhtibar dan mohonlah padaNya,
moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredhaiNya.
Berbuat baiklah terhadap orang lain
sebagaimana kamu suka diperlakukan. Sekiranya kamu menghormati orang
lain,orang lain juga akan menghormati kamu. Sedarilah sahabat-sahabat
bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai kecacatan
dalam tiap pelakuannya dan menerima kecacatan antara satu sama lain
adalah kunci persahabatan yang terbaik.
Berkata ulama: “Janganlah kamu
berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau
pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu
pun memanfaatkan ilmunya kepadamu”
Allah juga telah berfirman:
“sesungguhnya di antara kamu itu bersaudara,maka damaikanlah dua
saudara kamu yang bertelagah itu.Jadi peliharalah hubungan
persahabatan itu”.
Salah satu golongan yang dilindungi di
bawah Arasy Allah s.w.t di akhirat kelak adalah pemuda yang bertemu
dan berpisah kerana Allah, iaitu persahabatan yang diredhai Allah
yang berdasarkan ketaqwaaan kepada Allah. Persahabatan adalah
anugerah Allah yang terindah jika ianya berlandaskan atas dasar yang
benar.Sahabat adalah seperti cermin kepada kita,kesalahan kita
diteguri,bila alpa diingatkannya,bila berduka dihiburkannya,bila
sempit dilapangkannya, kata-kata nasihat yang selalu keluar dari
mulutnya menambahkan semangat,menjadikan kita kuat dengan cinta,
kasih sayang dan persahabatannya darinya.
Dia juga menjadi sumber inspirasi untuk
kita terus berdakwah.
Hayatilah persahabatan kerana Allah
s.w.t kerana kita akan bertemunya di syurga dan inilah tanda kita
betul-betul beriman biar diuji seberat mana kita tetap sayang pada
sahabat kita inilah dinamakan ukhwah fillah..moga hubungan yang
terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..ukhwah
fillah Abadan abada.
*jumpa kat komputer orang
AFK
02022015
1610
