Bukankah ketiga-tiga tu sama?
Friday, 23 October 2015 | 00:53 | 0comments
Musibah tu bencana ke ujian?
Sebelum tu,Assalamualaikum kepada antum antunna semua..
setelah sekian lama tangan ini tidak mengeluarkan sebarang entry,Alhamdulillah diberi
peluang untuk menghasilkannya.. setelah kira-kira 8 bulan jugak lah hehehe.. ni pun free sbb dh habis exam dunia,akhirat
belum lagi.
Agak sukar untuk mengupas tajuk untuk entry kite pada kali
ini but since Malaysia pun kini dilanda jerebu so mcm ada perkaitan gak lah
kan?? Mari kita telesuri satu2 perkataan ni ngan baik2..
Apa itu musibah?
Apa itu Bencana?
Apa itu Ujian?
Musibah dapat didefinisikan sebagai bencana yang Allah
timpakan kepada mereka2 yg x patuh kpd ajaran Nabi atau sebagai cubaan bagi
orang yang beriman yang akan dihapuskan dosa2nya seandainya dia bersabar serta
boleh menerima peringatan.
Bencana pulak ialah sesuatu yg menyebabkan (menimbulkan)
kesusahan, kerugian, atau penderitaan.Contohnya,bencana Alam(seperti gempa bumi,
angin kencang, dan banjir.
Ujian tu terbahagi kepada dua.Ujian yang baik ataupun ujian
yang kita sangakakan teruk. Tapi,kedua-dua bentuk ujian ini dating dengan
tujuan yang sama iaitu untuk menilai sejauh mana sabar kita bagi melahirkan
tahap keimanan yang tinggi.
Nampak semua benda ni macam sama kan?? Tak tau.. sebenanrnya
saya nak kupaskan musibah tu ujian or bencana?
Musibah tu pun boleh jadi dua2 tau.. musibah akan
jadi bencana sekiranya penduduk kat sesuatu kawasan tu ingkar
pada Allah. Seperti cerita kaum nabi Luth tu.. ingat lagi tak ke nak saya
cerita?
Okay, saya cerita..
Pada zaman NAbi Luth,baginda diutuskan untuk
berdakwah di kota yg diberi nama Sodom. Penduduk di kota itu sangat ingkar akan
perintah Allah. Mereka juga melakukan satu perkara yang tidak pernah dilakukan
oleh umat2 manusia sebelum kewujudan mereka. Mereka menjalankan hubungan
homoseksual iaitu lelaki dengan lelaki dan sebaliknya. Suatu hari Allah telah
mengutuskan malaikat kepada Nabi Luth untuk menyampaikan suatu berita buruk.
Malaikat tersebut menyamar menjadi pemuda yang kacak rupanya. Pemuda2 di kota
tersebut tertarik dengannya. Nabi Luth berasa malu kerana kaumnnya sanggup
berperlakuan sebegitu kepada tetamunya itu lalu ditanyakannya sebab kedatangan
malaikat itu. Malaikat tersebut pun memberitahu bahawa akan diturunkan bala bencana Allah ke
atas penduduk kota itu melainkan bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Nabi
Luth menyampaikan berita tersebut kepada kaumnya tetapi hanya mereka yang
beriman sahaja yang mempercayainya. Akhirnya bala bencana berupa (maaf tak
ingat apa..) turun kepada mereka. Lalu,tiada gunanya mereka menyesal. Tamat.
Eh. Belum lagi laah.. Cerita tu je yang dah tamat. Faham tak
sekarang kenapa musibah tu boleh dikatakn sebagai bencana? Harap semua faham~
Musibah yang dikatan sebagai ujian pulak ialah berupa ujian
yang kita katakana teruk tu. Contohnya,kemiskinan,kelaparan dan kesakitan. Di
sini saya juga ingin membawa satu kisah yang in sya Allah boleh memberi
inspirasi tapi kisah ni taka da kaitan ngan mana2 yang hidup atau yg tlh mati
tau..
Seorang lelaki muda yang diberi nama Fateh Ahmad telah
dilahirkan oleh ibunya pada tahun 1999 jadi usianya sekarang ialah 16 tahun
right? Dia berpeluang untuk hidup dalam keluarga yang berada yang tinggal di
atas bukit di ssebuah kawasan yang ramai org tak perasan pun keberadaan rumah
tu but org tahu ada org kaya je. Org gelar keluarga mereka ni sebagai keluarga
kaya yg takda rumah. Eh! Salah2!! Orang lain tak tahu nak gelar die apa so tu
lah jadinya.. hehehe.. suatu hari ayahnya membawa keluarganya pergi
bersiar-siar di suatu pantai. Mereka pun berseronok-seronok di situ. Mereka juga
sempat membuat bulatan gembira dan ayahnya memberi sedikit tazkirah kepada
mereka semua. Ayahnya berkata ‘seandainya hari ini berlaku tsunami di
sini,janganlah kamu semua besedih hati seandainya ditakdirkan juga ayah mati. Tapi,doakanlah
ayahanda mu ini’. Fateh tidak berasa apa-apa dengaan nasihat ayahnya itu. Mereka
pun pulang ke rumah mereka yg tak ramai orang tahu tu. Tiba2, sebuah lori yang
pemandunya sedang hilang kawaln telah merempuh kereta mereka. Nak dijadikan
cerita akhirnya mereka semua meninggal dunia melainkan Fateh.
semoga kita kaya dengan iman.. :)
Fateh tidak menerima ketentuan Allah itu dengan hati yang
redha. Dia sudah jauh daripada Allah. Dia sering mengatakan bahwa Allah tidak
pernah saying padanya. Kini, fateh dibesarkan oleh pak ciknya yang masih muda
iaitu 5 tahun lebih tua daripadanya. Pak ciknya diberi nama Tariq. Tariq pelik akan keadaan Fateh
kerana dia tahu bahawa abangnya,ayah kepada Fateh tidak pernah mendidik anaknya
menjadi seperti itu. Fateh langsung tidak menunaikan solat selama beberapa
bulan. Tariq hairan dan akhirnya Tariq memberanikan dirinya untuk menanyakan
Fateh akan hal itu. Tariq mentarbiah jiwa Fateh itu dengan selembut-lembutnya.
Akhirnya, Fateh kembali kepada jalan yang benar.
mengadulah pada Allah
Ha,dapat pengajaran tak daripada cerita di atas ni? Tak dapat?
Hmmm… tak pe lah.. pengajaran yang saya nak sampaikan kat sini kita sebagai
hamba Allah yang kerdil dan hina mestilah menerima ketentuan Allah dengan
selapang-lapang dada. Satu lagi, ujian tu kan Allah uji untuk menentukan tahap
kesabaran kita. Jadi pandailah-pandailah control diri seandainya mendapat
ujian. Hehe..
I think that’s all for today cause I kekurangan idea
actually..
Jap, one more thing.. Keep loving who you are even no one
love you. J
believe that you can and you will
Semoga entry kali ini memberi manfaat bagi yang menulis dan
bagi yg membaca..
Assalamuaalikum.
AFK
23102015
1538



