DIA YANG HILANG
Monday, 21 December 2015 | 23:59 | 0comments
Aris berlari-lari anak mencari sesuatu. Mata meliar ke sekeliling taman. Nafas dia masih tercungap cungap. Angin malam yang dingin sedikit meredakan badan yang lelah. "Mana kau ni?" perlahan dia menggumam sendiri. Dada dia berombak, risau. Dia jeling jam di tangan. Dah pukul 12.00 malam. Dia bawa keluar fon dan mendail nombor yang sama. ".....please leave a message after the tone" masih lagi dijawab operator. "Damn." Kecewa dia menuturkan ayat tu.
"You've promise me not to say that word. " Empunya suara menggeleng kepalanya.
Aris memandang tuan punya suara. Dia terkedu seketika. Lepas kembali ke dunia nyata, terus dia hempuk tuan punya suara tu.
"it's really hurt la, gila." dia mengeluh sambil mengurut-urut bahu sendiri.
"you might wanna think of that before you disappear alone, almost midnight!" sedas Aris membalas.
Dane senyum segaris. "Tenang la. it's not like i'm going to kill myself. paranoia." Datar Dane membalas. Bibirnya masih lagi mengukir senyum.
"Ya. you don't kill yourself. but, your disease does." Aris membalas dingin.
"Hey." Dane memprotes.
"what?" Aris mengerling Dane yang kini berada di sebelah.
"Bukan ke foundation kau into this faith is way too strong?" Dane membalas.
Bila Aris diam, Dane menambah. "Biar la sakit apa pun, kalau Tuhan kata tidak, tidak la. Kalau Tuhan kata 'ya', iya lah. "
Aris diam. Dia sekadar mengangguk. Dia tau dia salah.
"Tapi, kita bertanggungjawab untuk jaga kesihatan kita kan?" Aris tiba-tiba bersuara.
Suasana hening. Dane tidak membalas. Aris pusing memandang Dane. Dane duduk di atas bangku tepi taman. Dane pandang Aris.
"Aku tak dapat rasa kaki aku." Muka Dane pucat.
"Kau tunggu sini. Aku ambil kereta bawak sini. Phone ada kan?" Dane sekadar mengangguk lemah.
Dane risau. Dah 10 minit dia tunggu, Aris masih lagi tak sampai-sampai. Dia dail nombor fon Aris. Tak berjawab. Dia telefon angah.
"Angah, Aris ada kat rumah ke?"
"Kau kat mana Dane?" Nada suara Angah sedikit marah.
"who cares. Aris hilang. Tadi dia jumpa Aris. Dia ambil kereta. Lepastu tak datang-datang."Nada suara Dane berbaur risau.
"Kau kat mana? Angah datang. Nanti cari Aris."
"Aku kat taman sebelah taman perumahan sewa kita tu"
Talian mati.
................................................................................................................................
"Aris ok?" Dane tanya sebaik Angah keluar dari ward ICU.
Angah sekadar tersenyum kelat. Dane mengangguk lemah tanda faham. Bibir bawah dia gigit.
seminggu lepas tu, Aris sedarkan diri. Syukur.
"Aris, apa doktor cakap?" Dane bertanya perlahan.
"This is totally a payback. Kau tak pernah bagi tau apa doktor cakap pasal kau kat aku." Selamba Aris menjawab.
Malam tu, Dane tidur kat hospital untuk temankan Aris.
Dane menggosok matanya yang sembab. Dia dikejutkan dengan doa yang sayu. Aris....
Dia bangun dari pembaringan dan tunggu sehingga Aris selesai berdoa.
"Aris? pukul berapa ni?" Dane bertanya.
Aris terkejut. Sangkanya Dane masih tidur.
"Pukul 3 kut. entah" Aris menjungkit bahu.
Dane senyum. "Kenapa?" dia tanya.
Aris sekadar menggeleng.
"Pernah tak rasa? Yang semua yang orang kebanyakan hari ni perjuangkan macam ada something wrong?" Aris tanya selamba.
"And why's that?" Dane meminta kepastian.
"Aku tak kata mereka. Aku maksudkan kita semua. Segelintir. Kita ni terlampau fokus pada fiqh."
"Not like it's not important. It's just, asas pun kita tak lepas lagi." Aris menambah.
Dane mengangguk setuju. Indeed. Tiada yang benar melainkan yang benar.
"Where's that thought comes from?" Dane pelik.
"Entah. Tiba-tiba aku rasa, solat aku yang lepas aku masuk ICU ni lagi terasa capai objektif dari yang sebelum ni. Memangla kita solat fardhu, solat sunat segala. Tapi, tak terasa. Benda tu seolah-olah sekadar kewajipan untuk kita. Kita tak lagi rasa CINTA dan PENGHARAPAN tu." Aris senyum melihat Dane. Mata dah kuyu.
"Tidur je la Dane. Aku pun nak sambung tidur ni." Dane senyum.
Dan malam tu, Dane paham. Paham benar apa yang dia hilang selama ni.
Sibuk mencari salah orang, sibuk mencari kopiah dan jubah. sibuk membeli buku agama.
Tapi, rupanya , dia hilang. Dia hilang rasa ketika solat. Dia hilang rasa ketika membaca ayat suci. Kerana dia alpa mana satu yang lebih penting.
Wallahualam
NFR
