CahayaBahiya
HIP STIR (baca:hipster)
Tuesday, 29 December 2015 | 00:36 | 0comments
HATE
HATRED
DESPISE.
...................................................................................................................................................................

Three different words. Find out either they have the same meanings or not.
Three different level of 'tak suka'.

Kita diajar untuk membenci kejahilan, kemaksiatan, dan kesesatan.
Aku bukan orang yang selayaknya nak tulis berkaitan perkara yang sepatutnya kita benci.

Tapi, betulkan? Betul kan kalau kita benci sesuatu, tak semestinya orang lain pun benci benda yang sama?

I take that as a yes.

Sekadar nak kita semua berfikir je..
Nabi dulu, benci siapa ya?
"kafir harbi, munafik"
*harbi= kafir yang menentang islam
*munafik=berpura-pura dalam islam.

And verily every action 'he'(nabi) did, are good unless being told not by Allah azzawajalla.

Sahabat tak maksum . kan?
mohon korang jawab ; "ya, tak maksum"
Kalau korang kata maksum, sila pergi jumpa mufti tak pun pegawai jabatan islam untuk clarify akidah korang.
ok, whatever.
Back to our business.
Tak maksum=tak lepas dari dosa/pernah melakukan dosa/ada melakukan dosa.

...................................................................................................................................................................

Aku ada satu soalan cepat. *baca: one quick question.
Siapa tau apa genre yang popular dan sering di'retweet' di twitter, di'share' di facebook dan di'upload' di instagram?
"Kahwin muda"
"Kurus"
"Goals?"

tak, bukan goal ni goals lagi satu.

"luahan hati"
"politik"
"kutuk"

Above all these things, ada satu benda yang berkait rapat yang mengikat hubungan mereka dengan ikatan yang sah kerana adanya saksi dan qadi. (Gelak. ni lawak ni.)

PERSPEKTIF.

Human is the most complicated creature.
as far as i know la.
Our brains work differently and in a uniqely way.

ok. Aku try untuk tak terpesong dari motif entri kali ni.

Kalau zaman dahulu kala, kau lahirkan anak perempuan, orang tak pandang.
Kau lahirkan anak lelaki, orang kata hebat.
Harta tu pengukur segalanya.
Pangkat pun tak ketinggalan.
Benda yang luar dari kebiasaan dianggap satu penipuan.
sebab apa?
Sebab majoritinya tak percaya.
Sebab majoriti tu kata harta yang penting.
dan majoriti itu kata anak perempuan memalukan keluarga.
Majoriti itu jugaklah yang pandang pangkat melebihi segalanya.

Ok. Lepas tu, aku nak tanya.
"Siapa majoriti tu?"
entah mana la aku tau.
"Masyarakat sendiri"
Aku tak nak menunding jari menyalahkan sesiapa pun.
Tapi, percayalah, untuk setiap sesuatu, mesti ada pesalahnya.
Dan bila aku kata ada pesalahnya, tak semestinya satu pihak je yang bersalah.




So, basically, kenapa ada trend hipster dan sebagainya?(aku tak kata hipster salah. sekadar bertanya)
Sebab, pada era yang berkenaan, itu yang popular.
Dan majoriti terpengaruh terhadap kehebatan dan keunikan yang ada pada hipster tu.
Ataupun, aku lagi percaya dengan pendapat aku, yakni, environmental influence.
atau dalam bahasa dakwahnya, biah.
Kalau kawan kita tak aktif friendster, kita ni nak ke buka friendster?
Kalau kawan kita tak buka muka buku, kita layan sangat ke muka buku?
Jawapan boleh simpan dalam hati sendri.

Aku rasa, start dari point ni, mesti ada yang dah macam tertanya,
"So, ok. Kau betul. so?"
Tahniah ah sebab berjaya mengajukan soalan yang menarik.
Aku agak yakin untuk beberapa percentage yang agak tinggi terhadap teori aku tadi.
Kebanyakan kita ni, sedar atau tak, akhirnya terpengaruh jugak.
Kalau tak banyak, sikit.
Jujur la.
anyway, it's not even a bad thing after all kalau kau terpengaruh pun.
Takat terpengaruh tak buka friendster.
Tak jadi masalah pun.
Betul! Tak jadi masalah pun.


...................................................................................................................................................................

Baiklah.
Berbalik pada kebencian bagai yang aku cakap tadi.
Fenomena pengaruh bagai ni menyumbang kepada sifat serta amalan membenci.
Contoh paling terdekat la..
Pasai isu KimK.
Aku memang tak berapa berminat dengan isu ni.
Benda kecik.
Tapi, sebab benda ni sangat viral, maka, semua orang nak cakap pasal benda ni.
Tweet pasal benda ni.
Post pasal benda ni.
Dan publish kat blog pun pasal benda ni.
Eh? Hahaha. Tak. Aku tulis sebagai contoh terdekat je.
Bukan nak join ikut tajuk 'hot' orang kebanyakan.
Well, cause i'm not that kind of mainstream *flipshawl.(acah kool)
Aku, sebagai salah seorang pihak yang tak menggemari isu2 'besar' macam ni,
rasa terpanggil nak cakap kat kalian untuk berhenti buat benda2 macam ni.
Sebab apa?
Sebab:
1)Nampak macam jahat.
2)Menyakitkan hati(orang yang baca dan pihak yang berkenaan)
3)Memalukan(pihak yang berkenaan)
Dan all sort of negative things.
Malas nak terang. Aku nak korang pikir.
 Aku baru bagi satu isu.
Tak masuk isu politik.
Isu bom sana sini.

Kita ni gemar sangat nak ikut the flow.
Nak rasa diterima di media sosial.(Macam la kau tak diterima, enn?)
Sampai kan, benda2 atau isu2 yang kau tak berapa nak paham pun, kau duk sibuk bising macam la kau orang paling pakar dalam hal tu.
Macam la kau orang paling sengsara dalam hal tu.
Mungkin korang rasa korang prihatin bila korang tweet/ post benda2 macam tu.
Yes. Aku paham.
Tapi, macam mat luthfi kata (rujuk video buat kepala by matluthfi90), kalau korang diam pun, boleh jadi korang prihatin.
Maka, rather than korang sebar cerita yang tak betul la, melagakan orang la, memalukan orang la, baik korang diam dan tak payah tekan keyboard.
Aku tak marah.
Cuma, kadang2 aku penat.
Penat tengok orang memalukan orang lain.
Penat tengok orang tak henti2 maki orang lain.
Memang kadang2 orang tu salah.
Tapi, salah sangat ke dia sampai perlu dimalukan macam tempat dia kat neraka?
Dan kadang2, kau takde bukti pun bahawa seseorang tu betul2 bersalah, dan kau pun tak berapa faham sangat dengan keadaan, tapi kau galak jugak nak join kutuk orang tersebut.
Macam politik la.
Selagi kau tak betul2 buat kajian dan takat ikut apa orang kata, tak payah la nak duk kutuk kemain lagi.
Kalau perjanjian  yang kerajaan dah buat pun kau tak berapa nak paham lagi, tak payah la nak hentam kawkaw sangat.
Aku bukan prokerajaan.
Dan aku tak nak bercakap isu politik.
Tapi, aku agak fed up bila orang duk maki teruk sangat seolah-olah yang bersalah tu bukan manusia.
Abu jahal dulu jahat kena laknat tuhan pun nabi tak maki teruk2.
Aku nak kita tenang sikit.
Cari jalan penyelesaian yang lebih strategik dan stop buat benda2 gila semata-mata nak acah tahu, nak go with the flow of laman sosial.
Mungkin, sebab kita highlight salah orang, kita tak nampak salah sendiri.
Kemudian, kuranglah masalah yang selesai.
Akhirnya, kita semua yang jatuh.

Paham ke?
Aku tak expect sangat orang paham.
Sebab aku pun pening nak explain.
Aku just nak cakap, aku tak marah.
Tapi as a muslim, marilah kita cuba untuk baiki mentaliti kita.
Sekian,
yang lemah,
yang tak berapa tahu,
Bayang bayang.












Older Post | Newer Post