CahayaBahiya
Kasih sayang seorang ibu
Sunday, 27 December 2015 | 21:02 | 0comments
                                         


Ibu!Ibu!,jerit Amirah
......................................................................................................................................................


Amirah mempunyai seorang adik perempuan yang sangat disayanginya.Dia ingatkan,dengan kelahiran Asyura,adiknya dia akan berasa tidak sunyi.Ternyata, perasaan yang diharapkannya tidak berlaku langsung malah dia bertambah lagi sunyi.Ibu bapanya hanya melayan kerenah adiknya itu sehinggakan setiap perkataan yang diucapkannya tidak diendahkan lagi.Hal ini menyebabkan,Amirah benci akan seluruh ahli keluarganya.Dia mula mengasingkan diri dan menjadi seorang yang pendiam.
Namun,sikapnya sangat berlainan apabila dia berada di sekolah.Dia seorang yang sangat peramah dan disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakannya.Baginya,kasih sayang daripada ahli keluarga bukanlah satu perkara yang paling penting lagi di dalam kehidupannya.Semakin lama,umur Amirah semakin meningkat.Dia sudah pun berumur 16 tahun.Dia dimasukkan ke sebuah sekolah berasrama.Dia merasakan bahawa ibu bapanya menghantarnya ke sekolah berasrama bukanlah untuk belajar tetapi hanya untuk membuang dirinya.

Dia duduk di asrama yang mempunyai ramai pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang 
Setiap malam,dia pasti akan berbual-bual dahulu dengan ahli-ahli biliknya sehinggakan dia baru sahaja mengetahui satu budaya baru yang pelajar hari ini selalu lakukan iaitu COUPLE.Apabila dia mula mengetahui perkataan itu,di hatinya mula timbul rasa untuk melakukannya.Lagipun,dia ada berminat dengan seorang pelajar lelaki yang bernama Amir,rakan sekelasnya.Dia mula meluahkan isi hatinya kepada Amir.Amir pun menerima luahan isi hatinya.Amirah berasa seakan-akan dialah orang yang paling bahagia.Dia mula berpegang-pegang tangan dengan pakwenya itu di hadapan khalayak ramai.Dia langsung tiada perasaan malu walaupun melakukan perkara terkutuk itu.Sejak hubungannya dengan Amir bermula,dia dipulaukan oleh rakan-rakannya.
Amirah langsung tidak kisah pun dengan pulauan yang dilakukan oleh rakan-rakannya.Baginya,Amir sahaja sudah cukup untuk membahagiakan hidupnya.Suatu hari,Amir mengajaknya pergi ke tandas.Dia ikut namun ada perassan curiga.Amir mengajaknya untuk bercumbu namun dia tidak mahu.Kemudian mereka pun bergaduh dan Amirah pun berjaya melepaskan diri.

Keesokannya,semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah.Ahli keluarga Amirah gembira dengan kepulangannya.Tetapi....Amirah kelihatan seolah-olah tidak sihat.Dia sering menangis.Setiap kali dia dipujuk oleh ahli keluarganya,dia menjadi semakin teruk pula.Hari sudah malam.Amirah keluar dari biliknya untuk mencari makanan di dapur.Tiba-tiba dia terdengar tanggisan ibunya yang sedang melakukan solat sunat.Dia mendengar apa yang didoakan oleh ibunya.

Keesokannya,sebelum pulang ke asrama,Amirah memeluk ibu bapanya serta Asyura dengan erat sekali.Dia memohon maaf atas segala perbuatannya dan dia berjanji dia akan berubah.Perjalanan yang jauh menyebabkan mereka letih.Ayahnya memberhentikan kereta di sebuah kedai untuk membeli sedikit minuman.Amirah menawarkan dirinya untuk membeli minuman.Amirah pun melintas jalan dengan berhati-hati.Tiba-tiba............bunyi dentuman.Ada sebuah kereta melanggar Amirah dan pergi begitu sahaja.Ibu bapanya membawanya dengan segera ke hospital.Doktor mengatkan bahawa Amirah memerlukan jantung untuk meneruskan kehidupannya kerana jantungnya sudah rosak akibat dentuman yang sangat kuat.

......................................................................................................................................................

Beberapa hari kemudian,Amirah sedar.Dia melihat ibunya terlantar di sebelahnya dengan kain yang menutup seluruh tubuhnya.Amirah menghampirinya.

.....................................

Ibu!Ibu!,jerit Amirah
Bangunlah ibu!
Ayahnya cuba menenangkannya atas pemergian ibunya.Ibunya meninggal kerana mendermakan jantung untuk Amirah.Ayah Amirah memberikan sepucuk surat yang sempat dikarang oleh ibunya sebelum meninggal dunia.
............................................

Kepada Amirah,
Ibu tak pernah pun menyesal mendermakan jantung ibu buat Amirah sebab Amirah ini anak ibu yang sanagt ibu sayang.Ibu tak pernah pun benci dekat Amirah.Ibu nak minta maaf kalau ibu tak jaga Amirah dengan baik.
..........................................

Amirah menangis teresak-esak.Sejak hari itulah dia berubah menjadi baik kepada yang lebih baik. Seterusnya,dia memutuskan hubungannya dengan Amir dan bernekad untuk tidak mahu berCouple lagi.

AFK

Older Post | Newer Post