Panjang tudung bukan ukuran
Saturday, 12 December 2015 | 10:58 | 0comments
Assalamualaikum!
haa. dah dengar lagu Assalamualaikum dari Harris J? sedap tak sedap tak?
Okay,.. nampak tak perubahan dalam blog ini??
Blog ini diubah suai oleh Anis Fatinah Kamaruzzaman atau yang sering ditulis sebagai AFK.
dan, untuk pengetahuan semua , blog ini dikarang oleh beberapa orang gadis dan akan diperkenalkan nanti, in shaa Allah.
baiklah,... mukaddimah sudah tamat. Mari kita bercerita tentang topik diatas.
"Panjang Tudung Bukan Ukuran"
Kenapa cerita pasal tudung ni? okay, perkara ini berdasarkan pengalaman admin sendiri sebenarnya.
pengalaman admin semasa admin menjadi pelajar sekolah berasrama.
2013
Tahun pertama admin memulakan perubahan, perubahan dari tudung 'pendek' kepada tudung 'labuh'.
Tatkala rasa hati begitu teringin untuk memakai tudung labuh.
Maka hajat itu dipenuhi.
First day sekolah bermula.
seluruh warga sekolah terperanjat. terkejut beruk mungkin melihat transformation mendadak dari seseorang yang langsung tidak disangka-sangka akan memakai tudung labuh.
Masih segar dalam ingatan..
Saat-saat terawal memakai tudung 'labuh' amat mencabar.
Adakalanya nak cabut, Tak mahu tudung labuh.Kerana Apa?
Kena cemuh dengan orang..
Buat salah sikit kena judge lebih lebih.
Mereka tidak ingat bahawa aku juga manusia barangkali.
Sedih saat itu, Tuhan sahaja mengerti.
Maka bermulalah perjalanan hidup admin sebagai seorang yang on/off bertudung labuh. Kadangkala bertudung labuh, kadangkala tidak.
Ditakdirkan Allah, 2015, admin menjadi salah satu ahli penting dalam organisasi dakwah di sekolah, menjadi insan yang dihormati. Dengan imej tudung labuh yang dibawa, kadangkala menjadi idola dan contoh buat adik adik junior yang ingin berubah. Alhamdulillah, aku menjadi contoh mereka!
Pernah suatu ketika, isu tudung labuh hangat diperkatakan..Manusia bertudung labuh dipandang tinggi, insan bertudung biasa dipandang hina. Tak ketinggalan, insan bertudung labuh diharamkan buat salah sedangkan insan bertudung biasa yang berbuat salah dianggap biasa biasa sahaja. Astaghfirullah. Maka sebagai solusi, admin sendiri menggunakan diri admin untuk mertabiah mereka.. Panjang tudung bukan ukuran.
Admin terus pinjam tudung kawan, pakai tudung biasa.
Perkara biasa berulang lagi, dicemuh.
Tak pakai tudung labuh, diperli dahsyat.
"budak tu, lupa nak bawak tudung ke?"
Sedangkan, masih dalam keadaan menutup aurat.
Terdiam seketika.
Jumudnya pemikiran manusia.
*jumud = sempit
Sedih, sedih bila memikirkan keadaan sedemikian rupa. Patutlah ramai sahabat yang tak mahu berhijrah.
Sebab manusia
Apa yang saya nak sampaikan disini?
Panjang pendek tudung bukan ukuran iman.
Asalkan apa yang Allah syariatkan terjaga, then, feel free to wear anything!
Admin pernah je jumpa, orang bertudung labuh, tapi amal dan hatinya tak selabuh tudung yang dipakai.
Admin pernah juga jumpa, insan bertudung biasa , tapi amal dan hatinya jauh lebih baik berbanding insan bertudung labuh.
fikir sejenak.
Kalau semua orang fikir tudung labuh baik, tudung biasa jahat, sampai bila otak kita nak maju?
dekat luar sana, ramai sahaja muslim diluar negara yang bertudung singkat, auratnya masih terjaga. jauh lebih hebat berbanding si tudung labuh yang disangka sangka sempurna.
Buka mata,buka minda.
tak guna kalau kita update information saban hari tetapi otak masih jumud dengan pemikiran sedemikian.
Akhir kata dari admin.
"Aku membenci dua perkara yang mengganggu fikiranku. 1- Sesetangah insan bertudung labuh yang merasakan dirinya hebat dan mencemuh orang bertudung biasa yang tidak seperti dirinya, 2- insan yang bertudung biasa yang mencemuh orang yang bertudung labuh dan tidak memahami jerih payahnya menjaga penampilan sedemikian"
with love, -IF-

