Pergantungan kepada Allah.
Monday, 28 December 2015 | 23:50 | 0comments
Ada suatu kisah, di sebuah negara, yang mana mempunyai angkatan tentera yang cukup gagah, berani, serta lengkap dengan pelbagai peralatan perang. Namun, dalam ramai-ramai tentera tu, hanya seorang sahaja tentera muslim. Disebabkan dia hanya seorang sahaja tentera muslim, maka dia lah yang selalu dipulaukan. Mengapa? Kerana kepercayaannya kepada Allah sangat tinggi . Sedangkan tentera tentera yang lain, ada yang tak percaya Tuhan, macam macam lagi lah. Tentera muslim ni pun, selalu sangat diperlekehkan. Hanya sebab dia sangat taat kepada Tuhannya.
Lagipun, kalau difikirkan secara logik akal, memang patutlah orang pulaukan dia. Mana taknya, dahla tak reti bawak kenderaan perang (apa tah namanya tak ingat sorry) . Tak berapa nak sado , sorang je puak tu.. Forever alone. Macam tu lah. Orang lain berfoya-foya, dia sorang je duk beribadat panjang. Orang tak percaya Tuhan, dia seorang je. Kuat betul iman dia.
Suatu hari, tentera tentera yang lain ni, nak 'mengenakan' tentera muslim ni. Mereka tahu yang dia ni tak reti bawak kenderaan. Saja nak test dia lah katakan. Lalu salah seorang daripada mereka panggil lah dia, 'Ahmad, (bukan nama sebenar) meh sini jap!' "Ya, ada apa tuan?" 'Kau ambil kunci ni, kau alihkan kenderaan tu ke sini.' sambil menunjukkan ke arah kenderaan yang lebih kurang 400 meter dari mereka. "Tuan, saya tak pandai memandu" 'Ala, apa susah, kau suruh lah Tuhan kau bantu'. Lalu tentera Muslim itupun akur.
Sampai je dekat kenderaan tu, dia buka pintu kenderaan itu dengan perasaan gementar. Yelah, tak pernah bawa kot. Dia duduk diam diam. cari tempat nak cucuk kunci. Lepas dah jumpa, dia baca doa bersungguh-sungguh. Dia doa supaya Allah bantu dia untuk bawa kenderaan tu walaupun dia tak reti dan tak pernah belajar. Dia bergantung pada Allah. Dia yakin Allah tolong. Dia bergantung kepada Allah sepenuh hati yang Allah akan tolong dia.
Dan dia start enjin..dan kemudian...............berjaya! lepastu dia try pusing pusing stereng sampai dia dapat parking dekat tempat yang tuan tadi suruh. dengan perasaan gembira brcampur teruja, dia turun dari kenderaan tu. Benda pelik berlaku,. semua tentera yang ada kat situ tertunduk sujud sampai menangis. Dia pun pelik. Lepastu dia tanya tuan tadi. 'Kenapa tuan menangis?' "Ahmad, sebenarnya aku,.. *dalam keadaan teresak-esak*.. sebenarnya aku sengaja nak uji kepercayaan kau. Kau sangat yakin dengan wujudnya Tuhan, maka aku merancang untuk menguji sejauh mana kepercayaan kau" 'Apa maksud tuan?' "Sebenarnya, sebelum kau mula memandu , aku dah cabut bateri kenderaan tu supaya kenderaan tu tak boleh bergerak. Aku yakin kau mesti kecewa bila kau berdoa tapi kenderaan tu masih tak bergerak seperti yang kau pinta. maka kau akan hilang kepercayaaan kau pada Tuhan. Tapi aku silap. Aku sangat terkejut bila aku nampak kau boleh pandu kenderaan tersebut dengan bantuan Tuhan setelah kau berdoa dan bergantung padaNya. Sekarang baru aku percaya tentang kekuasaan Tuhanmu itu."
Lalu tentera muslim itu pun mengucapkan syukur kepada Allah dan tentera tentera yang lain akhirnya memeluk Islam. SubhanAllah.
Begitulah kisahnya, Sebenarnya, cerita tentang lelaki muslim ini admin ubah suai banyak. Maaf, tapi jujur admin katakan admin tak ingat ceritanya. Admin pernah terbaca kisahnya dalam satu laman sesawang ni masa admin darjah 6 kalau tak silap. Admin cuma ingat jalan ceritanya sikit-sikit dan isi cerita ini sahaja. Sebab tu admin ada banyak olah cerita sikit. Bagi admin, cerita ni banyak sangat pengajarannya dan admin paling suka cerita ni. Pergantungan kepada Allah. Kalau anda nak tahu, sebenarnya dalam Islam juga ada mengajarkan tentang Pergatungan sepenuhnya terhadap Allah.
Tapi, ramai sangat yang tak tahu. Ya, pergantungan kepada Allah ni macam tawakkal, tapi dia lain sikit. susah nak cakap macam mana tapi apa yang admin faham macam tu lah. Kenapa ramai yang tak tahu? sebab zaman macam kita sekarang ni, ramai yang kurang pergantungan pada Allah sepenuhnya. sebab tu iman kita kurang. sebab itu orang zaman nabi dulu lagi kuat iman. sebab mereka bergantung harap sepenuh hati kepada Allah. Mereka doa, dan yakin . Yakin dengan semua janji Allah. Kita? sebab kita 'tak nampak' kebesaran Allah sebab itu pergantungan pada Allah kurang. mana taknya, Allah uji sikit , dah kata Allah tak sayang. Dah sibuk sumpah seranah kata tak pernah bahagia. sebab tak yakin dengan janji Allah yang Allah takkan uji hamba hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Tepuk dada, tanya diri.
Dalam Islam juga ada cabang cabang iman tentang akidah semua ni, ada juga related dengan pergantungan pada Allah, tapi admin tak boleh nak terangkan sebab ilmu masih belum cukup. Hanya dapat sampaikan sikit sebagai pencerahan. Mohon diambil iktibar dan mula sedar bahawa banyak lagi yang kita perlu belajar.
with love,
-IF-

