Siapa yang merana ?
Monday, 28 December 2015 | 05:43 | 1comments
Kelmarin aku ditegur berbual dengan makcik Siti(bukan nama sebenar),
Makcik siti kata "Beruntung palestine tu D"
Lalu aku kerut, dan berkata,
"Apa yang untung ? mereka diserang , "
Lantas Makcik Siti pun membalas.
" Mereka beruntung, kerana meraka nampak siapa musuh mereka, mereka beruntung kerana serangan itu membuat mereka teguh dengan Tuhan, mereka beruntung kerana setiap serangan yang timpa buat mereka, Tuhan kurniakan berganda ganda iman, mereka beruntung meraka sentiasa diberi kesedaran"
Senyap.
"Berbeza dengan kita, kita tertipu, dan tertipu, kita tidak diserang dengan kesengsaraan, tapi diserang dengan kesenangan, kita diberi kehiburan, paling seksa, kita tak sedar hati kita sedang merana" -Makcik Siti
Nun(D)

