CahayaBahiya
CUAK
Wednesday, 20 January 2016 | 19:15 | 0comments
Bismillah.
..

"lama tak jumpa kau" Ked senyum pandang Dane.

"Ye ah. Kau asyik sibuk. Mana nak jumpa. Asyik terbang sana sini" Dane membalas. Kaki dia ayun perlahan. Duduk menghadap laut memang tak terkata. peaceful. 

"Halah kau. Alasan. Bawak ferrari. Datang ah jenguk aku kat airport bila2." Ked melentokkan kepala atas bahu Dane. Orang yang lalu lalang mesti ada yang ingat dia gay. haha. Peduli apa. Benda tak salah. Orang cakap apa pun, tetap tak salah. Benda salah bersepah, tader siapa nak peduli. Tu, apa jadah?

"Aku tumbuk kau kang. Ferrari tu majikan aku punya. Nak perli pun pada2 lah sikit." Dane menggeleng-geleng kepala. Lega. Rindu.
Suasana macam ni. Solace.

"Pelik kan?" Ked bertanya.

"Hmmm?" Dane memang la tak boleh nak paham kepala Ked ni kadang2.

"Dulu kita semua risau sangat. Nak jadi apa. Nak sambung belajar kat mana. Rasa macam kelakar pulak" Ked menghela nafas. Sungguh, rindu tu masih bertapa. Angin meniup lembut rambut dia menutup sebelah mata dia.

"Kalau dulu kita semua tak risau, kita tak jadi apa yang kita jadi hari ni" Dane membalas datar.

"Agreed. Tapi kann.. Dulu kita risau teruk gila kut." Ked cuba mengingat kembali.
Semua orang cuak nak jadi apa. Nak kerja glamour je. Takut nak ambil course lain sebab takut tak boleh nak coop. Dulu, cita2 paling mainstream; doktor, engineer, accountant, vet, dentist.

"Betul. Tak deny ah part tu." Dane tergelak kecil. Mata dia seolah bersinar ingat balik masa lalu.

"Tapi, tak semua capai cita2 yang dia nak, kan? Tapi, bahagia jugak. Tengok ah Amjad. Pandai. Nak ambil medic. Alih-alih rezeki dia business. Bahagia je. Kaya pulak" Ked explain panjang lebar.

"Tengok aku. Nak ambil engine. Alih-alih jadi part time chauffeur. Driver tetap orang kaya. Bahagia je." Dane senyum. Senyum lega dengan apa yang dia capai.

"Ingat tak? Dulu ustaz Hadi selalu cakap: Jadilah apa pun. Tak kaya, tak apa. Kalau jadi orang kutip sampah pun tak apa. Yang penting, iman tu ada dalam diri" Ked pandang Dane. Kagum. Dane bukannya tak pandai. Dah habis belajar engineer dah pun. Tapi, dia yang nak kerja chauffeur. 

Dane sekadar mengangguk. Mana mungkin dia lupa Ustaz Hadi. Antara orang yang istiqamah at least sebulan sekali ingatkan semua pelajar tentang iman dan sebagainya. 
"Hmm. Mesti best kan kalau semua manusia kat dunia ni tak pandang title sangat." Air liur yang ditelan terasa berpasir. Ustaz Hadi.

Ked diam. Memberi Dane masa untuk menyambung.

"Macam bodoh je kan? Kejar dunia sangat. Pandang title sangat" Kali ni bahu Dane dah terhinggu-hinggut.

Ked menggosok-gosok belakang badang Dane. Tabah la kawanku. Siapa je tak sakit. Banyak kali kut Dane ni kena hina. Dulu, waktu nak merisik Badzlina, kena reject mentah2 dengan mak Badzlina.
Bila pergi kenduri, family besar tak pandang sangat sebab kerja Dane tak glam.
Memang yang tau Dane grad engine cuma parents Dane dan kawan2 yang rapat. Tu pun, Dane suruh senyap. Dane nak tengok siapa je yang tak pandang dunia sahaja bulat2.
"Kau yang pilih jalan ni" Ked cuba memandang mata Dane.
"Kau yang bertegas nak benda jadi macam ni" Ked senyum segaris cuba mengingatkan Dane misi dia selama ni.

Dane angkat muka. Air mata yang terjatuh sedikit tu dikesat. "Aku ada plan baru". Muka yang mencuka tadi diganti senyuman.
"Maybe kau tak tau kut. Tapi, insyaAllah akhir tahun ni aku bukak syarikat kejuruteraan dengan Jai, Ina, Laili dengan Dib."

"Pap" Elok belakang badan Dane kena tampar dengan tangan Ked.
"Kau ni kan. Kemain buat cerita sedih. Aku sabar je la.." Ked sekeh kepala Dane.
"Habis tu, kau nak cakap apa dengan semua orang yang taktau kau ambik enginnering dulu?" Ked pandang Dane. 

"Biar je la. Nak buat apa? Tapi nanti kalau diorang tanya aku kerja apa, bodoh2 je la cakap aku kerja jadi engineer. Hahaha. " Dane gelak.

Kerja perlekeh kerjaya orang je. Padahal apa yang paling penting tu bukannya banyak mana duit. Bukannya pasal berapa takhta kau ambil.
Bukannya pasal pangkat.
Tapi taqwa dan budi bahasa.
Kalau adab dah tak boleh nak dibawa berunding, kau kaya macam mana pun, hebat macam mana pun, payah nanti kat akhirat.

Wallahualam.
Byg


Older Post | Newer Post