CahayaBahiya
IS IT TOO LATE NOW TO SAY SORRY?
Monday, 25 January 2016 | 22:17 | 0comments
Bismillah adn assalamualaikum.
How do we start?
I don't even know.
Basically, aku ada tafsir al azhar kat rumah.
Dan jujurnya, tafsir ni TEBAL.
Bila tebal, kemalasan tu menggunung.
Dah beberapa hari bertekad nak buka. Tapi, kemalasan tu memang durjana.
Ok. Enough with the lame story.
Tak,aku tak baca satu buku. 
Tapi, nak jadi cerita, terbuka muka surat 1208.
Hahaha. Maklumat tak penting ((pasal muka surat tu))
Tafsir surah Annisa' ayat 36.
Before that, aku harap korang baca entri ni sampai habis sebab entri ni tak bosan. Jangan risau. ((Sorry ah aku ni perasan santan. But, hey, you gotta feel good about yourself in order to make other people to believe in that)))

واعبدوا الله ولا تشركوا به شيئا وبالوالدين احسانا وبذي القربى واليتامى والمساكين والجار ذي القربى والجار الجنب والصاحب بالجنب وابن السبيل وما ملكت ايمانكم ان الله لا يحب من كان مختالا فخورا


Translation:

Worship Allah and associate nothing with Him, and to parents do good, and to relatives, orphans, the needy, the near neighbor, the neighbor farther away, the companion at your side, the traveler, and those whom your right hands possess. Indeed, Allah does not like those who are self-deluding and boastful.


Sorry for the ayat quran yang tak ada baris. Rajinkanlah diri buka quran untuk baca ayat tu mudah-mudahan lebih faham akan maksudnya.
Sebenarnya, dalam Tafsir Al azhar karangan Prof Dr. Hamka ni, beliau tulis terus ayat 36 sampai ayat 39. Tapi, marilah kita olah sikit-sikit.

POINT:
1) Sembahlah Allah.
2) Don't do syirik
3) Being good with parents, family yang terdekat, orphans, orang2 miskin, tetangga terdekat dan jauh, sahabat di samping kita, ((ada ulama' berpendapat sahaba di samping tu isteri/suami))
4) Traveller
5) Those whom your right hand possess ((hamba sahaya))

So, Prof Hamka ulas pasal point nombor satu. Beliau kata, semua bermula dengan keimanan.
Ada yang dah pernah tau apa relation iman dengan hidup seharian, dan ada yang tak jelas.
Frankly, aku pun tak berapa nak jelas lagi.
Prof Hamka kata, dalam quran ni, ada peraturan. Allah jelaskan peraturan Dia.
Tapi, apa yang penting ialah keterlaksanaan peraturan itu.
Beliau kata, tanpa iman, peraturan ni tak mampu untuk kita patuhi.
Tanpa iman juga, kita takkan rasa apa yang kita buat dalam kehidupan sharian kita ni ibadah.
Senang cerita, bila ada iman, kita mandi pun rasa hebat. Sebab, kita tau, bila kita mandi, jumpa orang, orang akan selesa. Maka kita mencerminkan bahawa Islam ni suci, bersih, selesa lagi menyelesakan. Dengan lain kata, kita buat kerana Allah. Itu IMAN.
Bila kita ada IMAN, nak bangun pagi tu pun kita anggap sebagai satu perkara yang crucial. Sebab Allah suruh kita manfaatkan masa.
ISLAM itu CARA HIDUP.
............

Ok, itu perkongsian ilmu.
Sekarang, real talk.
Mascapada ini ((ceh. haha.)) internet jadi satu tempat untuk semua budak-budak, remaja, belia bersuara.
You gotta agree with this.
Sangat sedikit orang 40 and above ada social network macam twitter. Dan kalau ada pun, mereka tak aktif.
Sebenarnya, internet ni satu platform yang kira bagus juga la. Menghubungkan pendapat, idea, manusia dan macam2 perkara lagi.
TAPI, ia hanya sesuai untuk membincangkan perkara yang kurang serius atau semi serius.
Percaya la. Untuk perkara yang betul-betul serius, tak sesuai dibincang di laman sosial.
Mana ada orang yang betulbetul nak buat deal business yang besar main skype aja.
Tapi, bila orang start ambil perkara serius bawak masuk media sosial, apa jadi?
Bergaduh sana sini. HAhahaha. Sorry. didn't mean that. ((Cuma nak loose kan sikit keadaan. Macam tegang sangat tadi.))
Nak bincang sesuatu benda as in on surface je, takde masalah takat nak buat poll kat twitter. Takat nak letak comment pendapat yang surface-surface je, tak ada masalah. Tapi, nak real talk? Do it somewhere yang takde orang asing yang akan tiba-tiba campur tangan and jadi batu api.
Paham ke idok ni?
Bila kau discuss antara dua pihak for example.
Then, tiba-tiba pendapat bercanggah, sebenarnya, benda macam ni ok je.
I mean, normal la kalau pendapat manusia berbeza.
Apa yang tak normal tu bila kau react melampau sangat terhadap perbezaan pendapat.
Lepas tu, dah bercanggah, datang pula manusia mana entah, tak tau mana hulu, mana pangkal, terus main masuk. Pastu gaduh??
Hmmm. Benda ni macam bahan lawak sebenarnya.
Tak, aku tak kata isu penting yang korang bincang tu lawak.
Tapi, cara korang bincang isu penting tu. Itu jadi lawak.
Religion supposed to unite people.
Religion celebrates diversity.
Mana salah, mana betul?
Pendapat, tak boleh kata salah atau betul.
Hukum, kita boleh kata salah atau betul.
Bila perbincangan yang sepatutnya menyatukan tiba-tiba memecahbelahkan masyarakat,...
Payah la.
Aku tak ada degree dalam course agama.
Aku tak ada master dalam course Usuluddin.
Tapi, bila apa yang kita buat ni memecahbelahkan masyarakat, perkara terbaik untuk dibuat ialah memohon maaf.
Selagi kita cuba tunjuk pada dunia bahawa satu pihak B tu salah, selagi tu perkara tak selesai.
Sebab apa?
Sebab pihak B mesti akan kata pihak kita yang salah.
Duk sibuk baling baton kesalahan, sampai bila perkara tak settle. Lagi-lagi takat gaduh atas angin.
Nak berbalah?
Jangan libatkan masyarakat.
"Aku tak libatkan masyarakat. Diorang yang duk menyibuk"
Kalau betul kita nak baiki dunia ni, jangan cari salah masyarakat. Instead, cari salah diri. Kalau tak ada, cari cara untuk kita make things better.
Saying sorry is a way of making the world a better place.
By saying sorry, kau boleh lembutkan hati manusia,

kemon ah. Siapa tak cair kalau kau bagi note ceni? ((k. aku exaggerate))

Kalau betul la orang tu salah, and saying sorry akan buat orang tu kekal dalam kesalahan and it's not good.
But, by saying sorry, it's a tactic to make people listen. Listen with respect. Listen with the intend to know instead of listening to answer. Yep.
The power of sorry.

So, kalau tak setuju dengan apa yang aku tulis, feel free to email atau tanya kat askfm. :)
Wallahualam.
Before that,
apa kaitan tafsir dengan perkara ni?
 Rujuk point nombor 3 dalam tafsir ayat tu. :)
Wassalam.
LD





Older Post | Newer Post